Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini tampil mempertahankan perdana menteri yang dikritik hebat Tun Dr Mahathir Mohamad, dan mengatakan Datuk Seri Najib Razak mendengar dan berbincang dalam kabinet sebelum menggubal dasar dan membuat keputusan. Timbalan perdana menteri itu berkata Najib tidak bersifat diktator dalam keputusan beliau. "Dalam soal sebuah kerajaan seperti Malaysia, penggubalan dasar biasa di buat bersama-sama. Walau pun perdana menteri ada di situ, kita lihat cara dan amalan Datuk Seri Najib, beliau biasa berbincang. Berbincang dengan saya, jemaah menteri, meminta pandangan," kata timbalan presiden Umno itu. "Begitu juga dalam soal keselamatan, bagaimana hendak tangani ancaman-ancaman yang dihadapi negara di peringkat sempadan negeri dan antarabangsa, bagaimana kita hadapi peristiwa-peristiwa seperti tragedi MH370, MH17. "Boleh dikatakan sebahagian besar daripada itu diambil tindakan yang berhasil dari perbincangan bersama." Beliau berucap ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Permatang Pauh di Seberang Jaya tengah hari tadi. "Banyak orang tanya saya kenapa timbalan PM belum buat komen," kata Muhyiddin, merujuk kritikan Dr Mahathir. "Hari ini, saya akan bercakap mengenainya memandangkan bahagian Umno ini istimewa." Muhyiddin merupakan pemimpin tertinggi Umno membuat komen mengenai kritikan Dr Mahathir. Umno Bahagian Permatang Pauh terletak di dalam kubu kuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri sebelum dilucutkan jawatan oleh Dr Mahathir pada 1998. Minggu lalu, Dr Mahathir menyelar pentadbiran Najib dan mengumumkan menarik balik sokongan kepada beliau kerana kesal tegurannya tidak diendahkan. Menurut Dr Mahathir, banyak dasar, pendekatan dan perbuatan kerajaan pimpinan Najib "merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara". Katanya, kelemahan Najib bermula apabila beliau melayan tuntutan musuh dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2011 serta Akta Buang Negeri, yang memberi kuasa kepada kerajaan menahan sesiapa disyaki terlibat jenayah tanpa proses mahkamah. "Saya cuba menyampaikan pendapat saya secara langsung kepada Datuk Seri Najib. "Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur," tulis Dr Mahathir di blognya chedet.cc. Dr Mahathir turut berkata prestasi Najib lebih buruk daripada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sehingga hari ini, pemimpin Umno berhati-hati dalam menjawab kritikan secara terbuka Dr Mahathir terhadap Najib. Ramai sudah mempertahankan Najib, termasuk Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein, sambil menggunakan contoh Najib menangani tragedi Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 sebagai keberkesanan kerajaan. Ini diikuti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata Najib mesti dihormati semua, termasuk Dr Mahathir. "Sebagai seorang negarawan, Tun Mahathir selaku bekas PM dan bekas presiden Umno ada pengalaman panjang. Pastinya kita kenali hati nurani Tun Mahathir sendiri yang sudah cipta kecemerlangan negara kita, yang jadikan Malaysia antara negara membangun yang paling pesat hari ini. "Jadi kita hormati pandangan beliau. Saya fikir tidak ada seorang pun yang tidak hormat pandangn Tun Mahathir," kata Muhyiddin. Muhyiddin berkata beliau sudah bertemu Dr Mahathir dan memberikan penjelasan sekiranya maklumat mengenai beberapa isu tidak sampai kepada bekas presiden Umno. "Saya sebenarnya berpeluang junpa Tun Mahathir kerana beliau jemput saya beberapa kali untuk berbincang tentang beberapa isu. Banyak perkara yang sudah disentuh, baik soal ekonomi, urusan negara, urusan keselamatan negara, soal berkaitan isu dan bidang tertentu," katanya. Muhyiddin turut berkata masa sudah berubah berbanding era Dr Mahathir terutamanya dengan perkembangan media sosial. Beliau berkata, pengaruh media sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain tidak boleh dinafikan. "Mungkin pada zaman Tun Mahathir, ia hanya bermula. Sekarang ini kita berdepan dengan keadaan yang disebut sebagai real time. "Ini perlu soal pengurusan yang sudah tentu lebih sukar, apa lagi dengan perkembangan minda rakyat Malaysia yang tidak seperti yang dilihat 20, 30 tahun yang lalu, lebih terdidik dengan ilmu, berpengetahuan, berinfomasi," katanya. Muhyiddin berkata beliau bukan mahu mencari alasan untuk kerajaan, sebaliknya mahu menjelaskan keadaan hari ini tidak sama dengan 10 hingga 30 tahun lepas. Beliau berkata cara rakyat berfikir juga sudah berubah, akan tetapi mengakui sesetengah polisi perlu dikaji dan perbaiki. Muhyiddin juga yakin majoriti rakyat masih menyokong kepimpinan Najib, terutama bahagian Umno di seluruh negara. "Kita perlu beri beliau masa, peluang untuk terus memperbaiki pentadbiran negara kita. Saya sebagai timbalannya sentiasa bekerjasama dan beri sokongan padu kepada beliau supaya apa yang dikehendaki oleh rakyat dlm pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya, hubungan antara kaum yang kita hendak bentuk demi perpaduan yang lebih kukuh," katanya. sumber
Pelakon Datin Seri Umie Aida mengharapkan suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang ditahan polis akan dilindungi Allah. Umie, 42, dalam status di laman social Facebook dan Instagramnya turut mengharapkan hal berkenaan dapat diselesaikan dengan baik. “Suami saya telah ditahan atas akta 124C . Semoga esok segalanya dapat diselesaikan dengan baik baik. InshaAllah. Me (Umie) doakan Allah sentiasa melindungimu… Aamiin,” kata Umie dalam status di laman sosialnya sebaik suaminya ditahan polis pada malam Jumaat. Khairuddin dilaporkan ditahan polis dekat sini dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebelum diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Terdahulu, Khairuddin mendakwa dilarang berlepas ke New York dan London, selain turut disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Turut disekat ke luar negara ialah peguamnya, Matthias Chang. Khairuddin sebelum ini telah membuat laporan polis mengenai 1MDB di Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong. Dalam pada itu Umie Aida turut mendapat sokongan ramai yang meminta beliau bersabar menempuh ujian itu selepas beliau memuat naik status berkenaan. Status di Instagramnya sehingga pagi Sabtu mendapat lebih 3,200 like sementara di Facebook pula dikongsi lebih 65 orang. Artis-artis tempatan antaranya Betty Banafe, Datin Sofia jane, Nazia Mustafar, Nourul Wahab dan Salamiah Hassan turut memberi kata-kata semangat dan doa buatnya dan suami dalam menempuh ujian itu. sumber
Mantan Perdana Menteri (PM) Malaysia Najib Razak menyeret-yeret Anwar Ibrahim saat ditantang berdebat oleh politisi Partai Keadilan Rakyat (PKR) bernama Rafizi Ramli. Najib mengatakan dirinya bersedia meladeni debat dengan Rafizi asalkan Presiden PKR Anwar Ibrahim ikut serta dalam perdebatan tersebut.
Saya menarik perhatian pembaca kepada komentar Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang mempersoalkan asas kemungkinan Fitch Ratings menurunkan penarafan ke atas Malaysia yang dibuat pada sesi pleno di Persidangan Invest Malaysia 2015 semalam. Zeti membandingkan negara serantau lain dan mendakwa Malaysia sekurang-kurangnya setanding, malah mungkin lebih baik di segi prospek pertumbuhan dan prestasi serta ‘fundamentalnya’. Persidangan 2 hari yang bermula semalam itu dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia dan CIMB Group untuk kali ke-11 dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Membaca dari teks ucap utama, Najib yang juga menteri kewangan lazimnya memberi anda satu gambaran ekonomi dan kewangan negara ini sangat baik dan dalam unjuran mencapai negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020 atau lebih awal. Kalau sudah baik dan sihat semuaya, mengapa badan badan penarafan seperti Fitch Ratings dan juga para ‘analysts’ lain termasuk kami pembangkang, perlu sibuk dan membuat ramalan dan telahan yang negatif ? Sebelum itu, apa benda ‘penarafan’ yang mereka hebohkan sangat? Sedikit kuliah pencerahan Kewangan 101. Apa kepentingannya? Tidak susah sangat hendak faham, bukanlah ‘rocket science’. Ringkasnya ‘penarafan kredit’ atau ‘credit rating’ adalah penilaian ke atas kemampuan penghutang membayar semula hutang. Credit rating dijalankan ke atas negara (penarafan kredit sovereign) dan juga syarikat, yang menerbitkan sekuriti hutang seperti bon dan sukuk (bon Islam). Contoh agensi ialah Standard & Poor's, Moody's dan Fitch Ratings termasuk sebuah syarikat awam tersenarai (PLC) di Bursa yang bernama Rating Agency Malaysia (RAM). Credit rating memberi markah atau penarafan contohnya dengan markah AAA, AA+, BBB+, B- dan seterusnya. Semakin rendah credit rating semakin berisiko tinggi untuk pelabur melabur (membeli dan berisiko tinggi untuk default atau tidak membayar hutang (bon). Selain daripada itu credit rating agency juga meramal atau memberi pandangan mereka tentang keadaan risiko hutang sesebuah negara samada positif, negatif atau stabil. Nah, di sinilah yang dipertikaikan Gabenor BNM itu. Sementara Moody’s memberi penarafan positif, Standard and Poor (S&P) mengesahkan penarafan stabil untuk Malaysia. Fitch Ratings pula meletakkan penarafan Malaysia sebagai negatif. Untuk pengetahuan pembaca, penarafan Malaysia kini berada pada A-/A3. Ancaman untuk diturunkan satu ‘notch’ atau ‘tangga’ oleh Fitch Ratings bermakna meletakkan Malaysia pada kedudukan BBB+/Baa1. Apakah makna semua ini? Secara impaknya, kalau berlaku penurunan atau ‘downgrade’ credit rating, kesannya antara lain, terhadap nilai matawang ringgit Malaysia, pasaran bursa saham dan juga nilai pasaran bon serta pastinya kenaikan kos pinjaman. Boleh juga berlaku penjualan saham dan bon oleh pelabur luar (sell-off in both equities and bonds) secara knee-jerk atau mendadak kerana mereka cemas dan takut tentang keupayaan kewangan negara. Kesan-kesan awal sudah mula dirasai semenjak Fitch menurunkan kredit Malaysia sebagai negatif Julai tahun lalu dan semakin ketara semasa nilai ringgit terus susut tambahan dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia. Sebagai contoh khusus, CIMB melaporkan kos satu instrument insuran 5 tahun, untuk risiko pinjaman tidak berbayar, yang bernama CDS atau “Credit Default Swap” mengalami kenaikan kos sebanyak 122 basis point atau 1.22%. Perbandingan dengan jiran Indonesiadan Thailand juga disertakan. Namun Najib dan Zeti tahu rakyat sebenarnya tidak faham pun apa yang dipertikaikan tentang pernarafan dan kesan terhadap kewangan negara! Ya, yang mudah difahami rakyat hari ini ialah kewangan negara tidak diurus dengan baik sehinggakan kerajaan secara wajib, memungut cukai (GST) dari semua rakyat. Tidak mengambil kira umur, pendapatan dan kekayaan, warga emas atau bayi, status pekerjaan–pesara atau berkerja penuh masa atau kerja sendiri atau kerja kampung; mengambil upah petik kelapa sawit atau buah kelapa, golongan asnaf atau jutawan atau bilionair, OKU atau yang sihat walafiat. Yang ini rakyat faham dan kini MARAH! Najib dan Zeti wajar diberi amaran sekali lagi, rakyat hari ini meletakkan seluruh kepincangan mentadbir-urus kewangan negara dipersalahkan kepada kepimpinan Umno-BN yang kini di bawah kepimpinan Najib. Untuk secara lebih khusus buat Zeti, tolong respon persoalan yang masih tidak terjawab sehingga kini, yakni tentang aliran keluar dana secara haram sebanyak RM1.2 trillion sejak 2002, seperti yang didedahkan oleh Global Financial Investment (GFI). Ternyata sehingga kini, tidak diambil apa-apa tindakan oleh BNM! Untuk Najib pula selaku terlalu banyak. Tetapi secara spesifik buat yang berdegil untuk kekal sebagai menteri kewangan, walaupun jelas ketidakupayaannya di segi itu dan lebih jelas lagi ketidakupayaannya di aspek-dimensi yang lain, mengapakah 1MDB tidak dipaksa datang untuk menghadiri Invest Malaysia Forum kali ini. Kehadiran 1MDB yang diwakili oleh CEOnya atau ‘penasihat istimewa’nya, Low Taek Jho atau Jho Low pastinya mampu ‘memulihkan’ sindrom ‘Trust-Deficit’ (Hilang Kepercayaan) yang sedang melanda negara malang ini. Pengerusi CIMB, Datuk Nazir Razak, selaku penganjur bersama, secara sinis menyebutkan alangkah baik kalau ‘elephant in the room’ di negara ini, maksudnya 1MDB berani hadir sendiri dan membuat penjelasan. Akhir kalam, untuk Zeti dan Najib, tidak perlulah terlalu gusar dengan ancaman Fitch ratings untuk menurunkan atau ‘downgrade sovereign rating’ Malaysia. Sesungguhnya, kita sendiri ‘mendowngradekan’ negara ini dengan tatakelola dan tadbir urus kewangan negara apabila hilang rasa kebertanggunjawaban dan ketelusan yang hakiki. 1MDB adalah lambang segala kebobrokan urus niaga dan urus tadbir kewangan negara! Kita sedang berhadapan dengan pelbagai kemelut dan kebejatan tatakelola kewangan dan ekonomi negara, lantas berhutang besar, defisit fiskal yang sudah ke-16 tahun, boros, tiris-bocor dan wujud pembolotan kekayaan oleh segelitir super-kaya. Jangan takut kepada Fitch Ratings. Takutlah kepada pertanggungjawaban kepada rakyat dan amanah Allah. Jangan asyik nak ‘showcase’ atau diperagakan fundamentals yang baik sahaja kerana rakyat lebih nampak yang tempang dan jelek buruk. Sebenar-benarnya rakyat yang celik tahu apa masalahnya. Meminjam kata-kata Shakespeare di hujung penulisan ini, dengan izin, isunya ialah “To be or not to be – that’s the question”. sumber
Afghan cricket player
Datuk Seri Najib Razak tidak layak menjadi perdana menteri Malaysia kerana terlibat dalam "kelakuan salah" ketika menerima RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadinya, kata Tun Dr Ling Liong Sik dalam kenyataan pembelaannya terhadap saman presiden Umno itu ke atasnya. Bekas presiden MCA itu, yang didakwa Najib kerana membuat kenyataan tentang sumbangan politik itu berkata, perdana menteri juga gagal mendedahkan identiti pendermanya, sumber dana itu atau bagaimana ia digunakan. Dr Ling juga berkata, Najib mengaku menerima RM2.6 bilion sebagai derma pada 8 Disember tahun ini dan tidak menyalurkan wang itu ke akaun Umno. "Plaintif menjelaskan, menjadi hasrat penderma supaya derma tersebut dibuat kepada plaintif secara peribadi dan, sumbangan itu didepositkan ke dalam akaun peribadi plaintif. "Ini bertentangan dengan kenyataan awal plaintif yang menyatakan semua dana politik mesti disalurkan ke akaun parti politik itu dan disertakan dengan suatu pengakuan penerimaan, bertujuan demi mencegah rasuah," kata Dr Ling. Beliau memfailkan pembelaannya hari ini melalui firma guaman Tetuan Ranjit Singh dan Yeoh. Bekas menteri pengangkutan itu turut mengaku tingkah laku dan perbuatan plaintif merupakan perkara berkepentingan awam yang mesti tertakluk kepada perbincangan awam dan terbuka kepada kritikan dan penelitian yang rapi. Beliau berkata, pemindahan dana itu, kebanyakannya berlaku pada Mac 2013 sebelum pilihan raya umum tahun itu, menimbulkan persepsi perdana menteri tidak berlaku jujur atau terlibat dalam politik wang untuk membeli keputusan pilihan raya. sumber
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta Perdana Menteri mengkaji semula masalah siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang digantung hampir tiga bulan. Timbalan Pengerusi jawatankuasa itu, Dr. Tan Seng Giaw berkata, ini kerana Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membantu badan itu meneruskan siasatan tanpa sebarang gangguan. Katanya, siasatan terganggu apabila Perdana Menteri mengambil empat anggotanya, termasuk Pengerusi, dengan melantik mereka sebagai menteri dan timbalan menteri baru-baru ini. "Ia belum pernah terjadi sebelumnya dalam demokrasi Parlimen. Oleh itu, PAC menghadapi kesulitan dalam siasatan ke atas 1MDB. "Sebagai penjaga Parlimen, Speaker, Tan Sri Pandikar Amin memutuskan prosiding PAC digantung hingga akhir Oktober 2015," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Seng Giaw, isu 1MDB dan sumbangan derma politik sebanyak RM2.6 bilion telah menarik perhatian dunia dan secara umum, masyarakat mahukan kebenaran. "PAC sedang mencari apa yang sebenarnya berlaku," jelasnya. Menurutnya, peraturan tersedia Parlimen adalah memastikan PAC boleh meneruskan fungsinya dalam sebarang keadaan politik. sumber
KUALA LUMPUR: UMNO akan mempertimbangkan permintaan pergerakan Wanita supaya dua kerusi tambahan diwujudkan dalam jawatan Naib Presiden UMNO dan Naib Ketua UMNO Bahagian untuk anggota sayap itu. Presidennya, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan berunding dengan semua pihak mengenai perkara tersebut dan berhasrat untuk mencari jalan terbaik untuk memperkasakan agenda parti. "Saya faham, ada tentangan dalam UMNO, dan sebagai sebuah parti kita kena duduk dan berbincang, cari satu jalan yang terbaik untuk memperkukuhkan parti kita. "Dalam hal ini, saya dengar dan kita akan timbang setelah kita mengadakan rundingan dengan semua pihak sama ada bersabit dengan jawatan Naib Presiden untuk wanita ataupun Naib Ketua Bahagian untuk wanita," katanya ketika berucap di hadapan 2,752 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan dasar Ketua Pergerakan Perhimpunan Agung Wanita Umno 2014 semalam, mahu satu kerusi naib presiden dan satu kerusi naib ketua bahagian diperuntukkan untuk Wanita UMNO. Shahrizat berkata, hasil mesyuarat perwakilan Wanita UMNO bahagian tahun ini, 171 bahagian dan 12,483 cawangan menyokong usul berkenaan. Wanita UMNO dianggotai 1.3 juta orang, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan 3.47 juta anggota UMNO. Najib berkata selain itu, hasrat Pemuda dan Puteri yang diusul dalam Perhimpunan Agung mereka semalam, turut akan diteliti dan dipertimbangkan oleh beliau. "Kita sedia menimbang tapi dengan syarat mereka yang dikemukakan nanti menepati kriteria-kriteria Jil-Umno yang saya sebutkan dan mereka mesti diuji," katanya. - BERNAMA PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak memeriksa perbarisan yang terdiri daripada ahli Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 di PWTC, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Muhd Asyraf Sawal
Dua hari selepas Datuk Seri Najib Razak muncul di kaca televisyen menjawab secara langsung kepada kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya, bekas perdana menteri itu kembali lagi dengan serangannya. Dalam video yang dimuat naik di blog "Din Turtle", Dr Mahathir menafikan dakwaan Najib yang beliau kecewa dengan perdana menteri kerana tidak membina jambatan bengkok ke Singapura. Beliau juga mendakwa, Najib pada masa itu – ketika jambatan bengkok dari Johor Baru ke Singapura itu mula dicadangkan pada 2006 – menyokong projek itu. Dr Mahathir mendakwa, apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau akan meneruskan beberapa dasar yang mereka persetujui ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan Najib menteri Kabinet. "Harapan saya, bila Pak Lah dah takda (letak jawatan), dia akan buatlah jambatan tu, dan lain-lain, kereta api, macam-macamlah.. Perkara yang kita bersetuju semasa saya jadi perdana menteri, akan diteruskan selepas saya letak jawatan, tapi Pak Lah tak buat. "Jadi, Najib ada satu masa sebut kata, walau Singapura setuju atau tak setuju pun, kami nak buat... Lepas tu bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata Dr Mahathir dalam satu daripada klip video itu. Dr Mahathir berkata, beliau sedikit kecewa kerana Najib tidak menunaikan janjinya berhubung projek itu. "Saya tak seronok sikitlah, dia tak buat. Pasal dia janji, bukan untuk saya, bukan saya nak dapat kontrak. Awak boleh periksa, tengok saya dah dapat berapa banyak kontrak, saya bukannya nak kontrak. "Tapi saya punya sikap, berlain sikit daripada orang lain. Saya tak nak saya kow tow kepada Singapura," katanya. Dalam wawancara beliau dengan TV3 pada 9 April, Najib berkata, Dr Mahathir mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimansuhkan dan projek "jambatan bengkok" yang menghubungkan Johor dan Singapura dibina semula. Katanya, dua isu itu mungkin sebahagian sebabnya bekas perdana menteri itu tidak habis-habis mengkritiknya. "Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat... Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor..." kata Najib ketika itu, sambil menambah yang beliau menghormati Mahathir sama seperti beliau menghormati orang lain. Projek jambatan bengkok melibatkan meruntuhkan tambak di bahagian Malaysia dan menggantikannya dengan jambatan enam lorong yang akan bersambung dengan Singapura. Reka bentuknya bengkok kerana Singapura tidak bersetuju merobohkan tambak di bahagian mereka supaya jambatan yang lurus merentasi Selat Tebrau boleh dibina. Singapura menentang hebat cadangan merobohkan tambak dan membina jambatan bengkok itu. Mengulas kenyataan Najib mengenai perkara itu dalam nada sinisnya seperti biasa, Dr Mahathir berkata: "Pasal 'bridge' (jambatan) ni, kalau tak dapat, saya mati lah." Dr Mahathir menegaskan, Malaysia sepatutnya meneruskan projek membina jambatan itu dan mengecam Najib kerana hanya menurut kemahuan Singapura. "Kalau Singapura tak nak buat, saya buat tempat saya, apa salahnya... Itu hak kedaulatan kita, dalam wilayah kita, perairan kita. Bahagian tambak itu kepunyaan kita... "Jadi, bila saya dapati ada orang kow tow kepada Singapura, nak minta persetujuan Singapura untuk buat benda di dalam negara kita, mana kedaulatan kita? Mana kemerdekaan kita?" Dalam satu klip video berasingan, perdana menteri ke-4 itu sekali lagi menegaskan tidak bersetuju dengan BR1M, mengatakan ia seperti memberi wang kepada mereka yang tidak layak menerimanya. Katanya, beliau setuju jika bantuan kebajikan diberi kepada orang miskin dan fakir, tetapi bukan dalam bentuk bantuan wang tunai kepada mereka yang mempunyai pendapatan. "Saya tak setuju dengan BR1M kerana saya tak suka suap orang dengan duit percuma. Anda bagi RM500 kepada orang yang bergaji RM4,000 sebulan untuk apa? “Dan, 17,000 orang Cina di Ipoh menolak BR1M terang-terangan, ini menunjukkan ia bukan sesuatu yang kita patut buat." sumber
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Kita terTANYA-TANYA sejauh manakah DS Najib mengeTAHUi sendiri OPERASI 1MDB ini? SeTAHU kitalah, ...
Electronics bords pcb scrap
Dalam isu 1Malaysia Development Bhd. MOHD. AZRAIE MD. YUSOF DAN FITRIE ZARIQ ZAINOL | 09 Mac 2015 1:40 AM ISMAIL SABRI YAAKOB (tiga dari kiri) ketika mengadakan sidang akhbar selepas program Solidariti Ketua-Ketua Bahagian Bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ROY AZIS ABD. AZIZ KUALA LUMPUR 8 Mac - Semua Ketua UMNO bahagian yang hadir dalam program Solidariti Ketua-Ketua Bahagian Bersama Presiden hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB). Penyelaras program itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka juga menyatakan kesediaan untuk bersama-sama dengan Presiden UMNO dalam menghadapi tekanan dan pelbagai fitnah yang dilemparkan kepadanya. “Antara perkara yang ditekankan Presiden dalam isu 1MDB adalah komitmennya mengenai tiada sesiapa pun akan terlepas jika benar berlaku penyelewengan. “Yang kedua mengenai juruaudit Deloitte yang telah mengaudit lebih daripada cara biasa, bukan audit normal tetapi sehingga ke peringkat audit forensik dan mengesahkan bahawa tiada penyelewengan,” katanya yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program tersebut yang dihadiri kira-kira 160 Ketua UMNO bahagian dari seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Menurut Ismail Sabri, ketua-ketua bahagian tidak berminat untuk masuk campur dalam soal bagaimana perniagaan syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan itu dijalankan sebaliknya cuma prihatin terhadap penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. “Dalam perniagaan, salah dari segi ‘wrong judgement’ membuat pelaburan itu kadang-kadang perkara biasa, cuma kita tidak boleh berkompromi jika berlaku salah guna kuasa atau penyelewengan. “Dengan perjumpaan ini, ketua-ketua bahagian kini lebih yakin untuk memberi penjelasan dan penerangan kepada ahli-ahli khususnya di peringkat akar umbi yang sedikit sebanyak terkeliru dengan isu 1MDB yang dimainkan pembangkang,” katanya. Sementara itu, beliau berkata, Najib dalam perjumpaan tersebut turut menekankan mengenai persiapan menghadapi Mesyuarat Agung UMNO peringkat cawangan yang akan diadakan tidak lama lagi. Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua ketua bahagian yang hadir dalam perjumpaan itu berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Perdana Menteri. Katanya, ahli-ahli UMNO sememangnya perlu berdiri di belakang Presiden parti lebih-lebih lagi ketika pelbagai tohmahan dan fitnah dilempar kepada beliau. “Perjumpaan ini merupakan perjumpaan yang kita lakukan berkala, bukannya perjumpaan rasmi. Antara isu berbangkit adalah isu dalaman UMNO sendiri dan beberapa isu nasional,” katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/semua-sokong-najib-1.67428#sthash.dqcP7gZF.dpuf
#wallart #walldecor #wallartdecor #madeinuae #interiordubai #dubai #abudhabi #woodveneer #homedecoration #homedecor #interior #interiordesign #doors #interiordecor #calligraphy #marquetry #mashrabiya #3dwavepanel #acousticpanel #decorativepanel #niduae #e
My Website
Akhbar harian berpengaruh Indonesia menyamakan perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu dengan pemberontakan anti Suharto pada akhir 90an, menunjukkan saat akhir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin hampir. "Pemergian Najib hanya menunggu masa dan sedang mencari formula menyelamatkan 'maruah'. "Ini adalah masa yang tepat bagi rakyat Malaysia menyediakan hala tuju baharu bagi negara mereka. Suka atau tidak, mereka perlu menerima demokrasi beroperasi sepenuhnya," kata seorang pengarang akhbar berbahasa Inggeris The Jakarta Post, hari ini. Akhbar itu membuat perbandingan antara reaksi Najib dengan Suharto semasa demonstrasi "reformasi" di Jakarta yang memaksa diktator paling lama berkhidmat itu meletakkan jawatannya pada Mei 1998. "Dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap perdana menteri semakin kuat dan beliau nampaknya gagal meyakinkan rakyat yang beliau tidak bersalah," kata akhbar itu. "Seperti Suharto, Najib cuba meredakan kesan bantahan awam dengan mengatakan beliau tidak akan mendengar kepada penunjuk perasaan yang digambarkan sebagai 'berfikiran cetek dan semangat kebangsaan yang lemah." Najib, bertindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4 yang menyaksikan puluhan ribu berkumpul di Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan 30, menyifatkan penunjuk perasaan sebagai "cetek dan miskin" dalam semangat patriotik mereka. "Tidakkah mereka faham, adakah semangat patriotisme dan kecintaan mereka begitu cetek dan miskin? Tidakkah mereka memahami negara ini dibina atas darah dan keringat pejuang kemerdekaan kita?" katanya kepada perwakilan Umno pada mesyuarat hari pertama perhimpunan tersebut. Perhimpunan, yang ke-4 anjuran kumpulan gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 diadakan ekoran hubung kait Najib dengan syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan pendedahan beliau menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya. Najib sejak awal menafikan sebarang salah laku dengan berkata wang itu diterima daripada seorang penderma dari Timur Tengah atas dasar mempercayai Umno. Sambil berkata tiada apa yang baharu bagi mendiamkan perbezaan pendapat rakyat, The Jakarta Post berkata Najib kini semakin sukar memandangkan terdapat pembangkang dari dalam Umno dan juga mentor bekas politik, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir secara terbuka menyokong bantahan dan menggesa "kuasa rakyat" untuk menjatuhkan Najib. "Malaysia hanya boleh mengamalkan demokrasi sebenar jika Perlembagaan menjamin hak-hak dan tanggungjawab yang sama untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama. Selagi negara menentang pemikiran revolusi ini, ia akan kekal sebagai negara berasingan. "Pemergian Najib hanya satu langkah dalam usaha Malaysia untuk mencapai wawasan yang masih jauh," tambah akhbar itu. sumber
Ruang yang disediakan buat rakyat Malaysia untuk memberikan cadangan berhubung Bajet 2016 menjadi medan meluahkan kritikan terhadap Datuk Seri Najib Razak supaya meletak jawatan, di mana pengguna media sosial didapati melahirkan kekecewaan mereka ke atas skandal kewangan yang didakwa mengaitkan perdana menteri itu. Dalam posting pada akaun Facebook dan Twitternya, Najib menjemput orang ramai memberikan maklum balas mengenai Bajet akan datang, yang dibentangkan di Parlimen pada 23 Oktober, di laman blog rasmi beliau najibrazak.com/bajet2016. Walaupun terdapat banyak komen membina pada laman mikro itu yang meliputi 15 kategori, dan juga di Facebook beliau, tentang bagaimana menangani kos sara hidup yang tinggi, ramai di kalangan pengguna bertindak melemparkan sindiran dan kritikan. Di Facebook beliau, beberapa pengguna Internet menekankan isu "derma" RM2.6 bilion daripada penderma tidak dikenali dari Timur Tengah yang disalurkan ke dalam akaun peribadinya. Terdapat mereka yang menyatakan keraguan berhubung hasrat kerajaan menggunakan hasil daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk memastikan kebajikan rakyat, sambil sesetengahnya cuba mempermainkan isu RM2.6 bilion, meminta sebahagian daripada wang terbabit untuk membantu saudara-mara dan rakan. "Nak 100k Dato Sri. Nak bantu org kampung," tulis Mikel Azzam dalam komennya. NTee Jym berkata: "Atau pinjam saya 50k nak berkahwin. ... pinjam je ...". Ada juga pengguna Internet yang dilihat secara terbuka menanyakan Najib mengenai status wang RM2.6 bilion, seperti dilakukan Muhamad Fauzi Ibrahim dalam posting beliau: "Duit 2.6 bilion macam mana", manakala Eugene Looi bertanya bila wang itu akan diberikan kepada rakyat. "Bila pula nak pulangkan wang derma 2.6 bilion itu kpd rakyat?" tulisnya. Peter Lim menanyakan adakan Najib sudah menunaikan semua janji-janji beliau sebelum ini. "Janji dulu dah settle? Sekarang nak janji baru pulak?" katanya. Sementara itu, kejatuhan nilai ringgit menjadi isu yang diketengahkan Nur Masri apabila dia meminta Najib mengambil tindakan bagi membendung kemerosotan mata wang Malaysia itu. "Pulihkan matawang," katanya. Kiran Rj pula mencadangkan supaya "pendidikan percuma" diberikan kepada semua. Ada juga pengguna yang hanya menaip #najibletakjwtanPM (hashtag Najib letak jawatan sebagai PM), berulang kali. Bagaimanapun, di tengah-tengah kritikan ada juga pengguna media sosial yang menyatakan sokongan kepada Najib melalui hashtag #Bajet2016 #SupportBN #SupportPM #SehatiSejiwa. Di Twitter Najib, sebahagian besar pengikutnya meminta beliau memansuhkan GST yang diperkenalkan Putrajaya pada April lepas malah ada juga meminta beliau untuk berundur. "@NajibRazak saya cadangkan dato letak jawatan..bernas idea aku dokkk," kata seorang pengguna @uzairsadini. @MohdSayutiOmar juga meminta Najib menjelaskan di mana wang RM2.6 bilion itu. "NajibRazak sebelum minta cadangan jawab dulu ke mana lesapnya 2.6b." @Wnamierah_ mencadangkan sudah tiba masa Najib melepaskan jawatan. "@NajibRazak saya cadangkan dato letak jawatan duk rumah jaga wife (isteri) dgn duit derma itu. Yg lain dah takpe biar org lain pulak take over (ambil alih)." Nik Fahmi yang menggunakan nama @FahmiBDent meminta perdana menteri menjelaskan dakwaan skandal di sekelilingnya. "@NajibRazak DS nk menangi hati rakyat? Come clean (bersihkan nama) pasal 1MDB, 2.6bil, Altantuya Shaaribu dan lain-lain rakyat dh muak sgt dgn drama Umno. Ikhlas." Hafiz di akaun @_hafiz secara ringkas menggesa Najib supaya memulangkan balik wang RM2.6 bilion kepada rakyat. "@NajibRazak return 2.6bil to rakyat (pulangkan semula RM2.6 bilion kepada rakyat," katanya. Seorang pengguna Twitter Vamos menggunakan nama @vamos32 bertindak lebih kasar dalam mendesak Najib meletak jawatan. "@NajibRazak Cadangan saya letak jawatan. Beri laluan kpd mereka yg lebih layak utk jawatan ni. Negara ni dah jahanam di bawah kepimpinan DS. Blog rasmi Najib membuka ruang kepada orang ramai untuk menyalurkan cadangan dan pandangan mereka mengenai Bajet 2016 sehingga 15 September ini. sumber
Datuk Seri Khaled Nordin berkata, ahli Umno perlu diberikan ruang seluas-luasnya untuk menyuarakan pandangan mereka kerana kebebasan menyuarakan pendirian adalah fitrah yang azali. Khaled dalam ucapannya selaku pengerusi perhubungan Umno Negeri Johor dalam mesyuarat perwakilan Bahagian Pasir Gudang turut memberi amaran sekiranya saluran formal ditutup, ahli parti akan mencari ruang alternatif untuk menyuarakan pendirian mereka. "Tutuplah ruang formal untuk bersuara, pasti akan dicari ruang lain untuk mereka menyatakan rasa dan pandangan mereka. "Dalam dalam kebanyakan keadaan, mereka akan menemui ruang alternatif, malah lebih berpengaruh, lebih kuat dan lebih berkesan," katanya, dalam ucapan di hadapan lebih 700 perwakilan yang hadir. Beliau berkata, lebih-lebih lagi di kawasan Pasir Gudang, Umno berhadapan pengundi yang lebih "urban dan sophisticated" yang mengambil maklum berhubung keadaan sekeliling hari ini. Ketua bahagian Umno Pasir Gudang itu berkata, mereka merasakan keyakinan terhadap parti Melayu itu semakin pudar. "Saban hari, kami dapat merasakan keyakinan terhadap Umno semakin pudar, bukan sahaja daripada rakyat tetapi dari ahli sendiri. "Mereka mula radikal dalam soalan dan reaksi mereka. Mereka mula menunjukkan rasa dingin dengan apa jua penjelasan yang kita berikan," kata menteri besar Johor itu. Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut hadir merasmikan mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Pasir Gudang. "Kerana itu, kita harus mendengar dengan sabar, kerana jika kita mendengar, kita akan memahami aspirasi rakyat dengan lebih mendalam dan jangan lupa kita memerintah di zaman yang bukan zaman kita," kata Khaled. Beliau berkata, melalui mendengar luahan dan pendirian ahli, pemimpin hari ini akan mencorakkan masa depan mereka. "Zaman ini adalah zaman generasi pelapis, oleh itu, bila kita mendengar, dan mengambil iktibar daripada apa yang kita dengar, sekurang-kurangnya kita bersama mereka, mencorakkan perjalanan masa depan mereka," katanya. Khaled mengakui terdapat isi hati yang bersuara keras dan kritikal, namun tiada apa yang dapat menghalang mereka menyuarakannya. "Kami percaya, semua mesti punya ruang untuk menyatakan isi hati mereka. Benar ada yang kritikal, benar ada yang keras, dan benar ada yang meragukan. "Tetapi apa daya yang ada pada kita untuk menghalang ini semua," katanya. "Pentas politik Malaysia sudah berubah, berubah dengan luar biasa sekali, kita tidak boleh menidakkan sesiapa jua daripada bersuara kerana itu fitrah manusiawi, kerana itu jiwa demokrasi". Najib sebelum ini menggugurkan beberapa pemimpin Kabinet, susulan kritikan yang diterimanya daripada isu membabitkan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri pendidikan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Selain beliau turut menerima nasib sama adalah Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang digugurkan daripada jawatan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. sumber
Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin terus tampil dengan gesaan pembaharuan dalam Umno, termasuk keperluan bersuara terhadap amalan rasuah. Pemimpin Umno itu menegaskan bahawa perjuangan Umno untuk bangsa dan parti dan bukan kepentingan peribadi. Beliau juga menyeru Umno berubah kepada sebuah parti yang lebih proaktif dan dominan dan berdiam diri atas alasan kesetiaan dan disiplin mentaati pemimpin “Kalian tidak boleh berdiam diri, kalau rasuah jadi budaya atau misalnya amanah di khianati,” katanya. “Umno tidak boleh hanya membisu bila parti, tidak lagi mengutamakan perjuangan bangsa Melayu tetapi digunakan untuk membela golongan tertentu atas nama kesetiaan pada parti. Khaled berkata demikian ketika merasmikan persidangan Wanita Umno Pasir gudang pada Ahad lalu. Petikan ucapan itu dimuatkan kembali dan diketengahkan dalam Facebook beliau hari ini. Kepemimpinan bukan dewa Khaled antara pemimpin Umno Johor yang dilihat lantang bersuara selepas tokoh timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri. Penyingkiran Muhyiddin itu dispekulasi meluas susulan kelantangannya bersuara dalam isu 1MDB, syarikat pelaburan kontroversi negara yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sementara itu, dalam ucapan itu juga, Khaled berkata Umno harus tampil menyatakan apa yang benarnya terbuku di hati dan kepimpinan harus berlapang dada dengannya. “Zaman ini bukan lagi zaman di mana kepemimpinan itu dilayan laksana separa dewa. “Sifat dan budaya feudal bukan budaya Umno. Budaya Umno adalah tentang nilai-nilai yang baik, yang terpuji, luhur dan mahmudah. “Umno bukan milik pemimpin. Ia milik kita semua. Jawatan tidak ada turun menurun.” katanya. Beliau juga berkata sama ada ada suka atau tidak, orang Umno harus menerima hakikat bahawa parti sedang berhadapan dengan krisis kredibiliti yang luar biasa. Ia, katanya, bukan lagi krisis persepsi tetapi menular sebagai krisis kewibawaan dan rekahan kepada kesatuan parti telah mula jelas kelihatan. sumber
Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal dan kontroversi dianggap liabiliti kepada Umno, kata ahli akar umbi yang resah untuk berdepan dengan rakyat ketika ini. Kepercayaan kepada presiden Umno tersebut tercalar akibat beberapa kontroversi membabitkan beliau bermula daripada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga wang RM2.6 bilion yang penjelasannya sukar diterima, malah oleh ahli Umno sendiri. "Rakyat hendak Najib letak jawatan. Kalau cakap baik-baik pun tidak mahu dengar, hendak cakap macam mana lagi? "Orang Umno masih sayang Umno, tetapi orang Umno sudah tidak sayang Najib," kata bekas ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh kepada The Malaysian Insider. Asrul, salah seorang pemimpin akar umbi yang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan Najib, menyifatkan perdana menteri itu punca rakyat kini tidak mempercayai parti Melayu tersebut. "Kami tidak mahu disebabkan Najib, rakyat hilang kepercayaan kepada Umno," katanya. Beliau juga bersetuju dengan formula dicadangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Najib disingkirkan, tetapi kerajaan sedia ada kekal. Katanya, langkah itu bukan bermakna mahu menjatuhkan kerajaan tetapi hanya mahu perdana menteri diganti dengan yang baharu. "Jika perdana menteri sudah tidak mendapat kepercayaan ahli Parlimen dan usul (undi tidak percaya) pula mendapat undian majoriti, maka beliau terpaksa turun. "Kerajaan sedia ada tidak akan jatuh," katanya. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat usaha untuk menjatuhkan kerajaan dengan mengumpulkan akuan bersumpah (SD) bagi menyokong usul tidak percaya kepada Najib. Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan berada dalam senarai mahu menandatangani SD itu. Sementara itu, bekas ketua Pemuda cawangan Keliang, Hulu Selangor, Moohamad Faizal Abdul Raub berkata, kemelut dalaman yang dihadapi Umno sekarang menyebabkan jentera untuk bertemu rakyat hilang keyakinan moral. "Kami di bawah, akar umbi, sudah tidak berdaya berdepan cemuhan dan tohmahan orang ramai. "Akar umbi terpaksa berdepan dengan rakyat di bawah, tetapi pemimpin atas tidak pernah mengetahui sentimen di bawah. "Adakah ahli Umno lain rela melihat parti sendiri rosak akibat sikap pemimpin atas?" soalnya kepada The Malaysian Insider. Berbeza sebelum ini, Faizal berkata, mereka dapat menangkis isu yang dimainkan pembangkang tetapi selepas isu RM2.6 bilion terdedah, ia melunturkan kepercayaan mereka. "Masa awal dahulu, kata hendak saman (media yang membuat pendedahan) dan tidak mengaku tuduhan RM2.6 bilion itu. "Selepas pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru hendak mengaku. Mereka ingat rakyat di bawah tidak boleh menilai?" soalnya. Faizal juga baru melepaskan jawatannya pada Mei lalu kerana tidak berpuas hati dengan kemelut melanda parti itu. Jentera Pemuda Umno adalah antara yang paling aktif dan banyak membantu dalam kempen pilihan raya, namun Faizal berkata, rata-rata rakannya dalam parti kini sudah tidak bersemangat dan berdaya untuk menjawab pelbagai isu yang timbul kebelakangan ini. "Rakan Pemuda sudah luntur semangat, kami ini yang akan turun berkempen dan bertemu rakyat. "Tetapi bila jadi macam ini, pemimpin di atas tidak mahu mendengar suara akar umbi," katanya. Lebih mengecewakan, Asrul mendakwa, Najib selaku presiden parti banyak membuat keputusan yang mementingkan diri. Contohnya dalam isu rombakan Kabinet, kata Asrul. "Jika benar presiden membuat keputusan merombak Kabinet hanya dengan menggunakan WhatsApp, ini bermakna beliau tidak percaya dan yakin dengan barisan ahli Majlis Tertinggi. "Bukan sahaja tidak yakin dan percaya, presiden juga tidak menghormati Majlis Tertinggi yang ada," kata Asrul mengulas khabar angin mengatakan rombakan Kabinet hujung bulan lalu dibuat dengan cara yang begitu mudah dan tergesa-gesa. Bagi pemerhati Umno Shahbudin Husin pula, beliau tidak menolak kemungkinan poster Najib tidak akan dinaikkan ketika pilihan raya kerana persepsi buruk yang terpalit ke atas dirinya. "Jangan hairan kalau ada pilihan raya kecil dalam masa terdekat, gambar Najib sendiri pun tidak akan digunakan semasa berkempen," katanya mengulas mengenai sentimen semasa orang ramai ketika ini terhadap perdana menteri. Penganalisis politik Dr Azizuddin Mohd Sani berkata, Umno sekarang ini sedang berdepan krisis akibat isu kepimpinan dan 1MDB, yang menjadi sebati dalam parti itu. "Yang utama dihadapi Umno ketika ini, adalah isu kepimpinan, dan pastinya isu utama 1MDB, yang menjadi darah daging dalam parti itu sendiri," katanya. sumber
Sudah terang lagi bersuluh . Najib Razak semakin goyang kerana orang nombor duanya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi mengikut telunjuk Najib Razak berkaitan skandal 1MDB . Boleh dengar dan lihat sendiri video pendedahan ini berkaitan kebimbangan dan cakap Muhyiddin Yassin yang tidak dipedulikan oleh Najib Razak . Najib Razak masih berlagak macam seolah-olah tidak apa-apa berlaku walaupun terlampau banyak pihak mendedahkan kepincangan yang dipayungi oleh beliau . Tidak tahu berapa lama lagi Najib Razak boleh bersembunyi berkaitan skandal 1MDB yag semakin busuk ini . Mungkin saya menipu , anda semua lihat sendiri kandungan video dibawah dan buat kesimpulan sendiri berkaitan skandal 1MDB .