Kumpulan gambar tentang Gambar Membuat Garisan Gambar Meja Mewarna Terdapat 54 Koleksi Gambar berkaitan dengan Gambar Membuat Garisan Gambar Meja Mewarna. Klik untuk melihat lebih banyak koleksi gambar lainnya.
Search for free photo, frame, border background images? Pngtree provide collection of HD backgrounds about Photo Golden Frame Background. You can download the background in PSD, AI and EPS file format.
Akak Sisto Belanja Fly, Abam kapcai jangan tergugat ! Awek moto ride santai je ni. Tak perlu korang nak komen garisan tak putus putus plak. Ok la kan menghib...
Tutorial seluar getah sepenuhnya yang mudah diikuti. Cuba fahami dan praktikkan. Boleh buat seluar untuk diri sendiri, anak-anak dan ahli keluarga lain. Selamat mencuba! Pertama sekali, lihat kepada pola dibawah. Cara-cara melakar pola ini akan ditunjukkan dalam langkah selanjutnya. Sediakan kertas cukup besar untuk melukis pola. Anda boleh menggunakan kertas minyak. Buat garisan tengah seperti…
PENYERANG Itali, Alessio Cerci (kanan) hanya mampu melihat ketika pemain-pemain Costa Rica meraikan kejayaan mereka menumpaskan Itali 1-0 dalam perlawanan Kumpulan D Piala Dunia di Recife semalam. - AFP RECIFE - Costa Rica berjaya menukar ramalan penyokong terhadap pasukan pilihan masing-masing pada Piala Dunia 2014 atau sekurang-sekurangnya menukar jangkaan setiap orang terhadap pasukan itu. Costa Rica memulakan kejutan dengan menewaskan Uruguay dan kemudian sebuah lagi pasukan hebat yang pernah menjadi juara sebanyak empat kali iaitu Itali 1-0 semalam untuk layak ke pusingan kalah mati. Dan dalam proses itu mereka membuatkan England tersingkir daripada Piala Dunia. Bermula sebagai pasukan yang dijangka bakal menjadi mangsa belasahan dalam Kumpulan D kerana perlu bersaing dengan tiga negara bekas juara dunia, kini Costa Rica sebaliknya mendahului. "Mungkin orang tidak meletakkan harapan kepada kami disebabkan kami berada di dalam kumpulan maut. "Namun, terdapat pihak lain yang kini menjadi pasukan yang maut dan kami pula yang berjaya ke pusingan seterusnya," kata ketua pasukan Costa Rica, Bryan Ruiz yang menjaringkan gol pasukannya semalam. Ruiz menjaringkan gol untuk Costa Rica pada minit ke-44 dengan menanduk masuk di bawah palang gol selepas mendapat hantaran silang Junior Diaz. Teknologi garisan gol digunakan bagi menunjukkan bahawa bola itu melantun melepasi garisan selepas terkena palang. Penghujung babak pertama menyaksikan perdebatan berlaku beberapa minit sebelum Ruiz menjaringkan gol, apabila rayuan penalti Costa Rica ditolak setelah penyerangnya, Joel Campbell dikasari oleh pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini. Costa Rica kini menerajui Kumpulan D dengan enam mata, sementara Itali dan Uruguay masing-masing memiliki tiga mata. England pula tanpa mata selepas kalah kepada Itali dan Uruguay. Itali, juara Piala Dunia 1934, 1938, 1982 dan 2006 manakala Uruguay (1930 dan 1950), sementara England juara pada 1966. Satu-satunya kejayaan Costa Rica mara ke peringkat kalah mati sebelum ini ialah pada Piala Dunia 1990, apabila pasukan itu mengalahkan Sweden dan Scotland di bawah pimpinan jurulatih berpengalaman, Bora Milutinovic sebelum disingkirkan oleh pasukan Czechoslovakia. "Kepada mereka yang tidak menyokong kami, boleh mempercayai kami sekarang, kata Ruiz. Sementara itu, Itali, masih berpeluang ke peringkat 16 pasukan terakhir jika menang atau seri dengan Uruguay pada perlawanan 25 Jun ini (waktu Malaysia), kerana mereka memiliki kelebihan perbezaan jaringan yang merupakan kriteria pertama kelayakan untuk ke pusingan seterusnya. "Kami telah berusaha yang terbaik. Mereka berjaya menyekat semua hataran bola kami. Tiada perlu bimbang. Kami sekarang hanya perlu mengumpul semula tenaga, kata jurulatih Itali, Cesare Prandelli. "Tiada Cinderella lagi dalam bola sepak, terutamanya dalam pertandingan seperti Piala Dunia," ketua pasukan Itali, Gianluigi Buffon pula mengulas. - AGENSI Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140622/sl_02/Itali-mangsa-kedua-Costa-Rica#ixzz35QVIRBsB © Utusan Melayu (M) Bhd