Hierdie hulprbon is 'n aktiwiteitskaart wat op die impak van aardbewings op die mensdom en die natuur gefokus is.
Educate your child from Challenger Public School, Pimple Saudagar, one of the best CBSC schools🎒 in Pimpri - Chinchwad. Admission is open for class 1-10. 👉🏻Contact us on - 📞7796002000/ 8793090638 🌐Website - www.challengerpublicschool.in #challengerpublicschool #admission #cbseschool #cbseboardschool #schoolinpimplesaudagar #daycareschool #playschool #admissionopen #admissionforplayschool #enrollnow #playschoolenrollment
Download this Premium Vector about Lettering Typography Quote Poster Inspiration Motivation Never Give UP Because Greate Things Take Time, and discover more than 15 Million Professional Graphic Resources on Freepik
daily pictures and / or videos of the eleven fatui harbingers! . . . pictures can be submitted through dms !
Decoração de festa no tema MagaliVamos babar um pouquinho nos detalhes dessa festa linda no tema Magali produzida com produtos comercializados na Loja Impak
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaannya agar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan kerana pegawai kerajaan yang sepatutnya menerangkan pelaksanaannya juga tidak memahami kesannya dengan baik. "Apabila kita tanya pegawai kerajaan tentangnya, mereka pun tak boleh jawab. Jadi jelas, kerajaan tak dapat faham impak GST kepada orang ramai. "Rakyat sangat-sangat berang, sangat jengkel dengan GST ini. Perkara lain, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), mereka tak peduli sangat, tapi GST bagi kesan pada mereka. Tapi kerajaan kata, ia serupa SST (cukai jualan dan perkhidmatan). "Bila kerajaan buat sesuatu yang kerajaan sendiri tak tahu hendak laksana dan kesannya, sudah masanya kita kaji ia semula," katanya kepada wartawan selepas dialog "Cakna Ilmu: Mendepani Pemikiran Tun M" di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pagi ini. Dr Mahathir pada 25 April lalu menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST 6% yang diperkenalkan mulai 1 April dan menyarankan kerajaan menaikkan kadar SST. "Saya fikir batal sajalah," katanya pada program "Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan" di Kelab K, Taman Melawati, Selangor, ketika itu. Menjawab kenyataan beliau itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan meminta Dr Mahathir dan mereka yang mengkritik GST supaya belajar mengenai cukai penggunaan itu. sumber
Susulan posting terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di blognya semalam, PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan ketegasannya dalam isu “bail out” syarikat yang sarat menanggung hutang itu. Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar, kiri) meminta timbalan perdana menteri itu agar tidak menghampakan rakyat kerana beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan menegaskan dana awam tidak seharusnya digunakan bagi menyelamatkan 1MDB. "Muhyiddin perlu menyatakan bantahan terbuka kepada suntikan RM950 juta yang diluluskan Kabinet kepada 1MDB jika beliau serius dengan saranan beliau memastikan duit rakyat tidak digunakan untuk menyelamatkan 1MDB. "TPM perlu menyuarakan bantahan jika beliau tidak bersetuju. Jika beliau berdiam, maka terbuktilah kenyataan beliau hanyalah retorik semata-mata," katanya. Semalam, Mahathir menulis, siasatan forensik polis perlu dilakukan terhadap mereka yang terlibat dalam tuduhan berkaitan 1MDB kerana audit biasa saja tidak mencukupi. Bekas perdana menteri itu juga menyertai suara ramai yang mempersoalkan bagaimana anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz mempunyai kekayaan luar biasa. Sehubungan itu, Tuan Ibrahim juga menyarankan Muhyiddin dan Najib segera membuat deklarasi harta. "Muhyiddin juga disarankan membuat deklarasi harta segera, dan mendesak Najib turut melakukan perkara yang sama bagi membersihkan namanya. "Inilah masa paling sesuai untuk melakukan demikian setelah Mahathir secara terbuka menyoal mengenai sumber kekayaan ahli keluarga perdana menteri," katanya. Tuan Ibrahim berkata, kemelut hutang 1MDB dan misteri kekayaan keluarga Najib mesti dirungkai segera kerana ia dijangka memberi impak ekonomi yang mendalam kepada kehidupan rakyat biasa. Tambahan pula, dengan kejatuhan nilai ringgit dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang hanya tinggal 17 hari sahaja lagi. "PAS menasihatkan Muhyiddin bertindak cepat," katanya. Susulan pendedahan yang dibuat laman web Sarawak Report, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Khamis mengesahkan Putrajaya menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB sebagai “standby credit.” “Standby credit” ialah perkiraan yang dibuat dengan peminjam di mana satu jumlah kredit tetap disediakan kepada peminjam apabila ia memerlukan bagi tempoh tertentu. sumber
Muhyiddin Yassin menjulang tangan Mat Razi Mat Ail (tiga dari kiri) sebagai meraikan kemenangan di Pusat Pengiraan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa, Tumpat, Kelantan, semalam. Turut kelihatan Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (dua dari kanan). TUMPAT 25 Sept. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor yang dikuasai sejak tiga penggal berturut-turut selepas mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini. Kemenangan itu juga adalah hadiah paling bermakna kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyambut hari lahirnya yang ke-64 hari ini. Calon BN, Mat Razi Mat Ail memperoleh sejumlah 9,961 undi manakala pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada Pas mendapat 7,326 undi dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 38 undi. Jumlah undi rosak mencatatkan penurunan iaitu 230 undi berbanding 344 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pada PRK kali ini, jumlah majoriti BN meningkat sebanyak 2,635 undi berbanding 1,736 undi pada PRU-13. Malah, BN berjaya mencatatkan kemenangan di sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan berjaya menembusi dua kubu kuat Pas di PDM Ketil serta Tujoh. Jumlah peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini menurun iaitu hanya 73 peratus atau 17,555 pengundi berbanding 78.94 peratus pada PRU lalu. Peratusan keluar mengundi menurun kerana dikatakan kebanyakan pengundi luar tidak pulang hari ini kerana mahu menunggu cuti umum Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Pengumuman keputusan PRK itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd. Sobri Ramli di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini pukul 9 malam ini. PRK DUN Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati di sebuah hospital di China pada 20 Ogos lalu. Kawasan tersebut mempunyai 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir (luar negara). Pada PRU-13, Noor Zahidi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. Terdahulu, Mat Razi yang berjubah gumbang dengan tenang ditemani isteri menunaikan tanggujawab membuang undi di Sekolah Kebangsaan Simpangan di sini pada pukul 8 pagi. Calon Pas, Wan Rosdi mengundi di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong sambil diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Kemenangan BN itu sedikit sebanyak memberikan kesan terhadap imej Pas negeri ini kerana mereka beria-ia mahu mengambil semula kerusi DUN tersebut daripada PKR. Pas menganggap kawasan Parlimen Tumpat yang turut mengandungi Pengkalan Kubor adalah kubu kuat mereka disebabkan prestasi cemerlang di tiga lagi kawasan iaitu Kelaboran, Wakaf Bharu dan Pasir Pekan pada pilihan raya umum sebelum ini. Biarpun kemenangan BN tidak memberikan impak kepada Kerajaan Pas Kelantan kerana tidak menjejaskan jumlah kerusi dalam sidang DUN namun ia membawa manfaat yang besar untuk rakyat. Agenda yang ditinggalkan oleh Allahyarham Noor Zahidi akan dapat diteruskan oleh Mat Razi untuk membangunkan kawasan yang bersempadan dengan pekan Tak Bai, Thailand itu. Keputusan itu juga membuktikan isu royalti minyak yang dibawa secara agresif oleh Pas kali ini tidak memberikan sebarang kesan malah rakyat memberikan isyarat bahawa mereka sudah muak dengan retorik tersebut. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140926/po_01/Barisan-Nasional-menang-besar#ixzz3ENjTFr00 © Utusan Melayu (M) Bhd
BUKU Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa dalam Masyarakat Berbilang Etnik hasil karya Prof. Datuk Mohamed Mustafa Ishak yang juga Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Persekutuan Malaysia yang ditubuhkan pada 1963 merupakan gagasan politik yang unik. Jika Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dari Britain pada 1957 merupakan sebuah negara bangsa yang majmuk, maka Persekutuan Malaysia ternyata lebih daripada itu. Penyertaan Sabah dan Sarawak pula menjadikan Malaysia lebih berdepan dengan cabaran landskap sosioagama, etnik, ekonomi dan politiknya. Bagaimanapun, hakikat dan pendekatan ini dibayangi sikap cendekiawan yang melihat Malaysia sebagai Malaya bercirikan bangsa Melayu, Cina dan India. Jangkaan sosioekonomi dan politik yang telah mencapai 50 tahun penubuhan Malaysia mencetuskan dinamisme yang mencabar amalan lama, cara menghadapi cabaran dan kaedah menyelesaikan masalah secara berkesan. Oleh yang demikian, sejak pertengahan 2000, keseimbangan dalam memelihara hubungan antara pelbagai etnik dan kepentingan melalui tuntutan terhadap penggunaan kaedah baharu membolehkan cabaran ini diteliti, diperdebatkan dan diselesaikan. Pendekatan berorientasikan Tanah Melayu berasaskan konteks Melayu-Cina-India tidak lagi dominan memandangkan Sabah dan Sarawak mula mengambil peranan yang lebih penting dalam kedinamikan proses politik nasional. Dalam konteks senario baharu inilah, buku Politics of Bangsa Malaysia: Nation-building in a Multiethnic Society (Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa dalam Masyarakat Berbilang Etnik) merupakan karya akademik dalam membicarakan kedinamikan politik baharu daripada pendekatan yang bersifat inklusif dengan pelbagai dimensi untuk memahami proses sosioekonomi dan politik. Buku ini ditulis berdasarkan tesis kedoktoran penulis. Oleh yang demikian, tulisan ini berlandaskan pemikiran dan renungan mendalam data empirik yang dikumpul oleh penulis sendiri. Sesungguhnya, tokoh politik yang penting dalam negara telah dirujuk dan ini menyumbang nilai tambah kepada analisis dan buah fikiran penulis. Meskipun berdasarkan tulisan akademik, buku ini telah disemak dan dihasilkan dalam bentuk yang mudah difahami, tanpa jargon akademik yang banyak atau berat, dan tanpa paparan statistik kompleks. Tentunya The Politics of Bangsa Malaysia merupakan buku yang wajib dibaca" untuk mereka yang mempelajari bidang politik Malaysia. Tulisan ini mengandungi sumber yang kaya dengan pelbagai teori terkemuka tentang pelbagai aspek pembinaan bangsa dengan ulasan yang cukup teliti dan kritis penulis. Dalam bab pertama, teori-teori ini dibincangkan dalam konteks etnik dan nasionalisme untuk memahami proses pembinaan bangsa di Malaysia. Sebagaimana dibayangkan oleh penulis, proses pembinaan bangsa di Malaysia adalah tentang pengantaraan identiti. Oleh sebab itu, persaingan antara identiti yang berlainan untuk menonjolkan sejauh mana setiap identiti ini mahukan ciri etniknya menjadi ciri utama dalam landskap bangsa Malaysia. Dalam dua bab yang berikutnya, penulis mengajak pembaca mengikuti proses pembinaan bangsa menerusi tinjauan terhadap proses awal Dasar Ekononomi Baru pada 1971. Tinjauan terhadap proses ini dilakukan dalam konteks etnik apabila penulis mengutarakan persaingan antara etnik dalam acuan bangsa Malaysia atau membina sebuah bangsa Malaysia bersatu. Dalam bab seterusnya, penulis membicarakan asas dalam menggambarkan bangsa Malaysia daripada perspektif orang Melayu, iaitu nasionalisme Melayu. Dalam aspek ini, garapan buku ini terhadap persaingan antara Melayu dengan bukan Melayu dalam menempa negara bangsa Malaysia adalah teliti dan jelas, tanpa kecenderungan untuk menjadi terlalu sensitif atau terlalu diplomatik. Tinjauan yang diberikan dalam bab ini melihat proses pembinaan bangsa adalah komprehensif kerana turut merangkumi Sabah dan Sarawak. Dalam dua bab yang terakhir, penulis menekankan perbincangan tentang bangsa Malaysia. Penulis mentakrifkan bangsa Malaysia" sebagaimana menurut tokoh yang memperkenalkan konsep itu, iaitu Tun Mahathir Mohamad, dan juga menurut pelbagai tokoh yang penting dan berwibawa dalam negara. Selain itu, penulis juga mengulas impak pentadbiran Tun Mahathir terhadap masa depan negara dan bangsa Malaysia selepas era beliau. Segelintir pihak mungkin menolak penilaian penulis bahawa Tun Mahathir memberi sumbangan besar membantu membentuk hala tuju masa depan negara. Dalam bab terakhir, penulis dengan rasa rendah diri mengakui bahawa pembinaan bangsa Malaysia" bukanlah satu proses mudah dalam masyarakat Malaysia berbilang bangsa. Malah, dalam usaha merealisasikan bangsa Malaysia siapakah yang sanggup untuk mengorbankan identiti sendiri atas nama tolak ansur. Semua kumpulan etnik ternyata mempunyai beberapa dasar yang tidak boleh dirundingkan" dan dengan demikian, permuafakatan dalam kalangan identiti yang berbeza mungkin tidak semudah teori integrasi dan perpaduan. Kesedaran etnik yang meningkat, ditambah pula dengan sentimen dan persetujuan yang wujud sejak dahulu lagi tidak membantu memupuk pemahaman antara etnik dan kesederhanaan. Sebagai kesimpulan, penulis melontarkan beberapa cabaran: Apakah implikasi dan kesan daripada keputusan pilihan raya 2013 terhadap proses pembinaan bangsa, yakni pembentukan sebuah bangsa Malaysia. Bagaimanakah seharusnya pendamaian nasional dibentuk supaya perpaduan dapat dipupuk bagi membolehkan Malaysia melangkah ke hadapan. Penulis juga melontarkan cabaran bahawa berfikir di luar kotak untuk mencetuskan idea baharu bagi menggerakkan negara ke hadapan dalam proses pembinaan bangsa. Penulis, Mohamed Mustafa Ishak, melihat kembali sejarah politik dan sosioekonomi Malaysia melalui konteks etnik, nasionalisme dan persaingan antara etnik. Pandangan pemulis merupakan pandangan akademik mendalam, tetapi mudah difahami oleh pembaca umum. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20140616/ka_02/Politik-bangsa-Malaysia#ixzz34qrf56YA © Utusan Melayu (M) Bhd