Jika anda berada di Kuala Perlis, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi jambatan ini dan menikmati keindahan alam yang ditawarkannya!
Aanleg van een spoorbrug op het traject Djoeja-Magelang in Nederlands-Indië, 1898 , ,., Jembatan Kali Krasak, Magelang - Yogyakarta, 2015
Jambatan Cathay Bridge over the Malacca River in Malacca, Malaysia
Dua hari selepas Datuk Seri Najib Razak muncul di kaca televisyen menjawab secara langsung kepada kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya, bekas perdana menteri itu kembali lagi dengan serangannya. Dalam video yang dimuat naik di blog "Din Turtle", Dr Mahathir menafikan dakwaan Najib yang beliau kecewa dengan perdana menteri kerana tidak membina jambatan bengkok ke Singapura. Beliau juga mendakwa, Najib pada masa itu – ketika jambatan bengkok dari Johor Baru ke Singapura itu mula dicadangkan pada 2006 – menyokong projek itu. Dr Mahathir mendakwa, apabila Najib mengambil alih tampuk pimpinan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau akan meneruskan beberapa dasar yang mereka persetujui ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan Najib menteri Kabinet. "Harapan saya, bila Pak Lah dah takda (letak jawatan), dia akan buatlah jambatan tu, dan lain-lain, kereta api, macam-macamlah.. Perkara yang kita bersetuju semasa saya jadi perdana menteri, akan diteruskan selepas saya letak jawatan, tapi Pak Lah tak buat. "Jadi, Najib ada satu masa sebut kata, walau Singapura setuju atau tak setuju pun, kami nak buat... Lepas tu bila dia jadi perdana menteri, dia tak buat," kata Dr Mahathir dalam satu daripada klip video itu. Dr Mahathir berkata, beliau sedikit kecewa kerana Najib tidak menunaikan janjinya berhubung projek itu. "Saya tak seronok sikitlah, dia tak buat. Pasal dia janji, bukan untuk saya, bukan saya nak dapat kontrak. Awak boleh periksa, tengok saya dah dapat berapa banyak kontrak, saya bukannya nak kontrak. "Tapi saya punya sikap, berlain sikit daripada orang lain. Saya tak nak saya kow tow kepada Singapura," katanya. Dalam wawancara beliau dengan TV3 pada 9 April, Najib berkata, Dr Mahathir mahu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dimansuhkan dan projek "jambatan bengkok" yang menghubungkan Johor dan Singapura dibina semula. Katanya, dua isu itu mungkin sebahagian sebabnya bekas perdana menteri itu tidak habis-habis mengkritiknya. "Ada satu, dua perkara yang dia nak saya buat... Misalnya dia tak setuju BR1M, dia minta saya buat jambatan bengkok ganti Tambak Johor..." kata Najib ketika itu, sambil menambah yang beliau menghormati Mahathir sama seperti beliau menghormati orang lain. Projek jambatan bengkok melibatkan meruntuhkan tambak di bahagian Malaysia dan menggantikannya dengan jambatan enam lorong yang akan bersambung dengan Singapura. Reka bentuknya bengkok kerana Singapura tidak bersetuju merobohkan tambak di bahagian mereka supaya jambatan yang lurus merentasi Selat Tebrau boleh dibina. Singapura menentang hebat cadangan merobohkan tambak dan membina jambatan bengkok itu. Mengulas kenyataan Najib mengenai perkara itu dalam nada sinisnya seperti biasa, Dr Mahathir berkata: "Pasal 'bridge' (jambatan) ni, kalau tak dapat, saya mati lah." Dr Mahathir menegaskan, Malaysia sepatutnya meneruskan projek membina jambatan itu dan mengecam Najib kerana hanya menurut kemahuan Singapura. "Kalau Singapura tak nak buat, saya buat tempat saya, apa salahnya... Itu hak kedaulatan kita, dalam wilayah kita, perairan kita. Bahagian tambak itu kepunyaan kita... "Jadi, bila saya dapati ada orang kow tow kepada Singapura, nak minta persetujuan Singapura untuk buat benda di dalam negara kita, mana kedaulatan kita? Mana kemerdekaan kita?" Dalam satu klip video berasingan, perdana menteri ke-4 itu sekali lagi menegaskan tidak bersetuju dengan BR1M, mengatakan ia seperti memberi wang kepada mereka yang tidak layak menerimanya. Katanya, beliau setuju jika bantuan kebajikan diberi kepada orang miskin dan fakir, tetapi bukan dalam bentuk bantuan wang tunai kepada mereka yang mempunyai pendapatan. "Saya tak setuju dengan BR1M kerana saya tak suka suap orang dengan duit percuma. Anda bagi RM500 kepada orang yang bergaji RM4,000 sebulan untuk apa? “Dan, 17,000 orang Cina di Ipoh menolak BR1M terang-terangan, ini menunjukkan ia bukan sesuatu yang kita patut buat." sumber
Architects: DVVD / Daniel Vaniche, Vincent Dominguez, Bertrand Potel Location: Meaux, France Engineers: DVVD Landscape Architects: Mutabilis Client:...
Semalam, parapet tembok sisi jambatan, terjatuh dari struktur binaan Lebuhraya Suke, berhampiran Bandar Tasik Selatan di Jalan MRR2.
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah diiringi Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta jemaah lainnya mengaminkan doa imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad selepas menunaikan solat jenazah hadir dan ghaib mangsa nahas MH17 di Masjid Putra, Putrajaya, semalam. KUALA LUMPUR 22 Ogos - Perasaan sedih dan simpati menyelubungi rakyat Malaysia hari ini ketika upacara bertafakur seminit sebagai penghormatan kepada jenazah serta jasad mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17. Dalam suasana hening, tempoh seminit itu digunakan oleh seluruh rakyat untuk bersama-sama berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing sebaik sahaja pengumuman mengenainya dibuat menerusi stesen radio serta televisyen tempatan tepat pada pukul 10.54 pagi. Detik masa seakan terhenti pada waktu itu apabila orang ramai dengan rela hati menghentikan seketika urusan masing-masing selepas kumpulan pertama 20 jenazah yang tiba dari Amsterdam, Belanda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selesai diletakkan ke dalam kenderaan jenazah. Malah ada dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang yang bersatu hati menempuh saat sukar berkenaan tidak mampu menahan perasaan sebak sehingga menitiskan air mata mengenangkan nasib mangsa tragedi MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. Beberapa lebuh raya utama di ibu negara termasuk Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas), Lebuh Raya Besraya, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sprint dan Lebuh Raya Baru Pantai menutup lorong masing-masing selama seminit sebagai tanda memberi penghormatan kepada mangsa. Operasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monorel di Lembah Klang juga dihentikan seminit dengan keadaan serupa dapat dilihat di beberapa lokasi di seluruh negara apabila kereta serta bas berhenti seketika untuk bersama-sama menyertai detik sedih yang belum pernah dilakukan di negara ini. Terdahulu, pesawat MAS MH6129 membawa jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya, KLIA tepat pukul 9.54 pagi untuk diberi penghormatan negara menerusi istiadat ketenteraan dengan diIsaksikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, anggota Kabinet, ahli Parlimen serta diplomat asing untuk menyertai para waris mangsa. Sementara itu, kira-kira 3,000 orang daripada pelbagai kaum berdiri beriringan di Dataran Merdeka di sini untuk menghayati detik-detik bersejarah itu. Hari ini yang diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara menyaksikan Jalur Gemilang dikibar separuh tiang dan ramai rakyat berpakaian gelap selain bertafakur seminit melibatkan pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara. Dalam pada itu, upacara bertafakur seminit diadakan di pelbagai lokasi di negeri-negeri. Di GEORGETOWN, pergerakan kenderaan dari tanah besar menghala ke pulau dihentikan selama seminit di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang untuk bertafakur memperingati mangsa tragedi MH17. Keadaan sama dapat dilihat di Jambatan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah apabila semua kenderaan berhenti di Plaza Tol Batu Maung manakala di terminal feri, ratusan penumpang Feri Pulau Rimau dan Pulau Undan di kedua-dua arah tanah besar serta George Town turut bertafakur selama seminit. Di KUALA TERENGGANU, upacara bertafakur selama seminit sempena istiadat penghormatan ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 turut diadakan pada majlis pelancaran program Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pendidikan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC). Di IPOH, kira-kira 500 warga Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) terdiri daripada guru, pelajar dan kakitangannya bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia bertafakur bagi menzahirkan kesedihan terhadap insiden menimpa mangsa pesawat MH17. Di MELAKA, kira-kira 500 orang berkumpul di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Ayer Keroh bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mangsa tragedi MH17 yang diterbangkan pulang ke tanah air selepas 37 hari nahas menyayat hati itu berlaku. Di KUANTAN, upacara bertafakur yang berlangsung di Dataran Setia, Wisma Pahang dihadiri kira-kira 3,000 kakitangan awam dan disertai Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail. Di KEDAH, para peniaga di Pasar Besar Alor Setar turut berkongsi kesedihan dengan bertafakur selama seminit dan menghentikan aktiviti perniagaan seketika bagi menghormati 20 jenazah kumpulan pertama mangsa nahas pesawat tersebut yang dibawa pulang dari Amsterdam hari ini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140823/dn_01/Seluruh-negara-bersedih#ixzz3BMWeAs6U © Utusan Melayu (M) Bhd
Gerakan, MCA lihat DAP punca polarisasi sosial SOFIAN BAHAROM | 01 Oktober 2015 1:19 AM LIANG TECK MENG (kanan) dan Ti Lian Ker menunjukkan gambar yang berunsur perkauman semasa sidang akhbar di Menara Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM), Pudu Ulu, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AIZZUL A.MAJID KUALA LUMPUR 30 Sept. - Polarisasi sosial dan ketegangan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini berpunca daripada angkara DAP yang berterusan bermain dengan api perkauman. Sehubungan itu, Gerakan dan MCA hari ini mendesak DAP supaya tampil memohon maaf serta bertaubat atas tindakan mereka selama ini yang dilihat akan membawa kehancuran kepada kehidupan bermasyarakat di negara ini. Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Liang Teck Meng menegaskan, taktik DAP untuk mengapi-apikan sentimen dalam kalangan masyarakat telah pun bermula sebelum Bersih 4.0 apabila Penasihatnya, Lim Kit Siang memijak gambar beberapa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pakatan pembangkang. Kata beliau, DAP seterusnya telah merampas perhimpunan haram Bersih 4.0 dengan matlamat buruk dan agenda politik untuk menunjukkan kuasa melalui demonstrasi jalanan yang menyaksikan kebiadaban penyokong-penyokongnya. “Bukti ini jelas menunjukkan bahawa DAP yang memulakan budaya tidak sihat ini. Kita perlu faham kenapa tidak munculnya himpunan baju merah pada Bersih 1, 2, 3 tetapi apabila Bersih 4.0 ada perhimpunan baju merah. Ini kerana reaksi kepada kebiadaban tersebut. “Kita kena lihat ada kain rentang minta hapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) pada perhimpunan baju merah. Kenapa ada SKJC sahaja kenapa tiada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT)? “Ini kerana DAP telah pun menanam kebencian dan cuba mengapi-apikan sentimen antara kaum. Oleh itu kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan DAP dan mahu DAP bertaubat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker. Dalam pada itu, Lian Ker berkata, tindakan penyokong-penyokong DAP memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyinggung perasaan dan hati masyarakat Melayu. Menurutnya, provokasi-provokasi politik oleh DAP tidak wajar dilakukan memandangkan negara sedang dilanda krisis ekonomi global dan kejatuhan nilai ringgit. “Sedarlah bahawa pembinasaan negara dapat berlaku dalam sekelip mata tetapi pembinaan negara mengambil tempoh masa yang lama, begitu juga jambatan silaturahim dan hubungan baik antara kaum dalam negara ini,” katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-perlu-mohon-maaf-1.141661#sthash.iJBjE7XL.dpuf
Kecewa dengan Pas berhubung isu hudud MOHD. AZRAIE MD. YUSOF | 20 Mac 2015 1:40 AM 45 0 Google +0 ANTHONY LOKE KUALA LUMPUR 19 Mac - DAP akan mengambil pendirian tegas berhubung hala tuju parti itu dalam pakatan pembangkang selepas kecewa dengan Pas yang berjaya mendapatkan kelulusan terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini. Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat di peringkat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Isnin ini. “DAP menegaskan bahawa kami menolak dan tidak bersetuju dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015, ia melanggar dasar bersama pakatan pembangkang dan mengkhianati konsensus majlis pimpinan pakatan pembangkang. “Sekiranya rang undang-undang persendirian ini dibawa ke Dewan Rakyat, apa yang pasti mereka tidak akan mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen DAP, malah saya yakin mereka tidak akan dapat majoriti dua pertiga,” katanya ketika ditemui di Parlimen di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban mengulas pertanyaan pemberita mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 yang diluluskan di dewan undangan Negeri (DUN) Kelantan, hari ini. Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan keikhlasan dan kesetiaan Pas selama ini dalam dasar bersama pakatan pembangkang yang terjalin sejak tujuh lalu. “Apa yang berlaku di Kelantan mengecewakan saya. Kita tunggu mesyuarat CEC pada Isnin depan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Ngeh Koo Ham pula berkata, rang undang-undang hudud yang diluluskan di kelantan itu hanya akan mempromosikan kebencian. “Kita faham undang-undang itu bertujuan untuk menentang jenayah. Kami yang bukan Islam juga mahu menentang jenayah, cuma cara yang diketengahkan Pas itu dilihat tidak berapa sesuai,” kata Ahli Parlimen Beruas itu. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-dalam-pakatan-diputuskan-isnin-ini-1.71546#sthash.fq8U6gq9.dpuf Nada keras PKR yang menuntut hukuman ke atas Pas berubah 20 Mac 2015 1:39 AM KUALA LUMPUR 19 Mac – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekadar berupaya melahirkan rasa kesal dengan kedegilan Pas membentangkan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini. Jika sebelum ini, PKR dilihat senada dengan DAP sehingga mendesak Majlis Pakatan Pembangkang agar mengambil tindakan tegas menghukum Pas andai sekutunya itu tetap berdegil mahu membentangkan enakmen tersebut, kini nada disuarakan PKR mula kendur. Paling tegas pun, parti itu hanya mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PKR, Roslan Puteh, supaya tidak menyertai perbahasan dan pengundian enakmen berkenaan di DUN Kelantan. Sebaliknya, seperti biasa apabila tersepit dan tiada jalan untuk keluar daripada masalah yang menimpa pembangkang, PKR bertindak menyalahkan UMNO dengan menuduh parti terbesar orang Melayu itu bermuslihat dalam isu hudud yang mahu dilaksana Pas. “PKR melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat pakatan yang bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati dan sekali gus bertentangan dengan muafakat bersama yang telah dicapai pada tahun 2011 mengenai perkara ini (pelaksanaan hudud). “Sedang kami menghormati hak dan pendirian Pas Kelantan untuk membentangkan enakmen ini, adalah lebih afdal jika Kerajaan Kelantan juga menghormati persetujuan yang dibuatnya sebelum ini,” kata parti itu dalam kenyataan bersama di sini hari ini. Bagaimanapun kenyataan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama enam lagi pemimpin tertinggi parti PKR yang lain itu tidak diwakili oleh pemimpin bukan Islam dalam parti berkenaan. Enam pemimpin tertinggi PKR itu Timbalan Presiden, Azmin Ali; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md. Akin; Setiausaha Agung, Rafizi Ramli; Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Angkatan Muda, Nik Nazmi Nik Ahmad. Dalam pada itu, PKR menyifatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah tidak berlaku jujur semasa mesyuarat Majlis Pakatan Pembangkang mengenai pindaan yang mahu dibuat ke atas enakmen tersebut pada 8 Februari lalu. Dakwa parti itu, Mohd. Amar sebelum ini memberitahu pindaan terhadap empat perkara hanyalah membabitkan ke atas enakmen yang diluluskan pada tahun 1993 tetapi apabila dibentangkan semalam, banyak tersasar daripada apa yang dimaklumkan sebelum ini. “Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dengan enakmen asal tahun 1993, tetapi perkara itu tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh pakatan pembangkang pada tahun 2011 mengenai pelaksanaan hudud,” ujar parti berkenaan. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/nada-keras-pkr-yang-menuntut-hukuman-ke-atas-pas-berubah-1.71540#sthash.57oTSS6I.dpuf Pas tidak akan pujuk DAP, PKR 20 Mac 2015 1:39 AM KOTA BHARU 19 Mac – Pas tidak akan memujuk sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya ‘tidak membakar jambatan’ iaitu berpecah disebabkan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) Pindaan 2015 atau hukum hudud di negeri ini. Mustafa Ali Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sekutunya terutama DAP telah memahami dengan jelas pelaksanaan undang-undang Islam itu. Beliau berkata, terpulang kepada DAP untuk menyatakan pendirian mereka Isnin ini, namun baginya tidak ada sebab untuk parti itu berpecah daripada pakatan yang dibentuk sejak lebih lima tahun lalu. “Dia (DAP) sudah faham dah, pujuk ini orang tidak faham, jadi tak payah pujuklah. “Kita tidak boleh nak halang mereka bermesyuarat tetapi kita sudah nyatakan berkali-kali, maknanya bukanlah kerana sebab ini maka hendak bakar jambatan ini, tak ada sebab saya rasa,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Semalam, DAP melahirkan kekecewaannya terhadap Pas dan mendakwa telah ‘ditikam dari belakang’ oleh rakan sekutunya itu yang tidak menghiraukan amaran untuk tidak membentangkan pindaan enakmen tersebut. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-tidak-akan-pujuk-dap-pkr-1.71539#sthash.liXsRS7d.dpuf