FIGURE 4 Miura-ori tessellation. (a) A crease pattern of a Miura-ori tessellation. Solid lines cells for a Miura-ori tessellation, consisting of four parallelograms connected th Miura-ori tessellation in a partially folded state (left) and collapsed state (right) Saddle-shaped and (e) twisted out-of-plane deformations of the (non-rigid) Miu - "From flat sheets to curved geometries: Origami and kirigami approaches"
To test whether your mother-daughter relationship is strong, take this quiz.
Discover how to equip the Roblox Atmoshocker item and personalize your character’s look with our huge catalog of unique Roblox gear IDs.
Discover how to equip the Roblox Atmoshocker item and personalize your character’s look with our huge catalog of unique Roblox gear IDs.
Discover how to equip the Roblox Atmoshocker item and personalize your character’s look with our huge catalog of unique Roblox gear IDs.
Kddk
Image 18 of 39 from gallery of KDDK House / Karina Duque. Photograph by Fernanda Castro
Image 3 of 39 from gallery of KDDK House / Karina Duque. Photograph by Fernanda Castro
Image 2 of 39 from gallery of KDDK House / Karina Duque. Photograph by Fernanda Castro
Image 1 of 39 from gallery of KDDK House / Karina Duque. Photograph by Fernanda Castro
Refugium St. Gangolf: Boho-Hochzeit im Industrial Style Fotografie: kundk photography
Kink Comfort Stretch Jeans
a love letter to iceland 🚐🥹💌 After visiting stops like Mulagljufur Canyon and Skogafoss, Kyle and I knew that Iceland would forever be ingrained into our memories as one of our favorite destinations. Puffins, Icelandic horses, RV camping, geothermal spas, and landscapes that fill you with so much wonder.... AHHHHH 🥹 our full 7 day Iceland road trip itinerary can be found in our bio or by visiting our blog: kandk-travel.com 🩷 #iceland #icelandtravel #icelandtravelguide #icelandtravelitinera...
Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April ini dijangka dapat mengurangkan kadar 'ekonomi terselindung' Malaysia kepada 10% berbanding 30% sekarang. Justeru, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pelaksanaan CBP amat penting kepada kebajikan rakyat dan negara. "Saya tidak faham kenapa pembangkang berterusan menyokong cukai jualan dan perkhidmatan (SST). "Ini bererti mereka hendak melindungi ekonomi terselindung (iaitu) melindungi orang yang lari cukai dan menipu cukai," katanya kepada pemberita selepas sesi penjelasan CBP dan Bajet 2015 serta isu semasa kepada kira-kira 600 warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor hari ini. Ahmad berkata angka 30% ekonomi terselindung itu yang didasarkan kepada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara setiap tahun, dikeluarkan oleh Bank Dunia. Katanya sehingga semalam, sebanyak 319,435 syarikat mendaftar bagi pelaksanaan GST yang dianggar dapat menambah pendapatan negara sebanyak RM1 bilion kepada RM24 bilion. Beliau juga berkata prinsip pelaksanaan GST lebih tinggi pendapatan lebih tinggi cukai yang perlu dijelaskan oleh pihak berkenaan. "Mereka yang kurang pendapatannya akan dikenakan cukai yang kurang. GST progresif ini ialah GST Malaysia," katanya dan mengulangi banyak barangan dikecualikan GST seperti barangan makanan dan minuman. Ahmad juga berkata program penjelasan GST akan diteruskan sehingga Mei atau Jun ini bagi memastikan rakyat benar-benar memahami GST memandangkan banyak maklumat diputarbelitkan oleh pihak yang menentang pelaksanaan sistem cukai baharu itu. GST akan dilaksana pada kadar 6% berbanding SST yang berkadar keseluruhan 16%. sumber
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), kumpulan pengguna terbesar Malaysia memberi amaran semua harga barangan daripada makanan hingga lampin bayi akan naik sejurus cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dikenakan. Ini kerana kejatuhan ringgit paling rendah sejak 9 tahun lalu menyebabkan kenaikan kos import bahan mentah dan barangan siap sehingga mendorong kenaikan harga di kedai pada minggu berikutnya. Menurut pakar, kejatuhan ringgit merupakan satu lagi elemen yang mencengkam ekonomi ketika negara menghadapi tekanan kejatuhan harga minyak, hutang tinggi dan inflasi. Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan kejatuhan ini bersifat sementara dan negara mempunyai asas kukuh untuk menangani impaknya. Namun beberapa pakar ekonomi mempertikaikan kelemahan mata wang mencerminkan tahap ekonomi itu sendiri. "Nilai mata wang sesebuah negara seperti termometer yang mengukur tahap kesihatan ekonomi," kata bekas ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Ramon Navaratnam sambil menambah bacaan ekonomi sekarang tidak berapa baik. Jika ekonomi "sakit" bermakna semua golongan akan menghadapi tempoh yang sukar. Fundamental Pada 9 Jun, ringgit jatuh RM3.77 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), nilai hampir sama dengan RM3.80 semasa krisis kemelesetan ekonomi Malaysia pada 1997. Dalam satu kenyataan kepada Bloomberg pada hari sama, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar berkata mata wang tidak diniagakan pada tahap yang mencerminkan dasar ekonomi Malaysia. Fundamental merupakan tiang asas ekonomi Malaysia. Laman web Investopedia menjelaskan ia meliputi kadar pekerjaan dan inflasi, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), penggunaan peribadi dan lain-lain yang boleh mempengaruhi nilai mata wang. Pakar ekonomi bebas Azrul Azwar Ahmad Tajuddin senada dengan sentimen BNM dan berkata ringgit secara kasarnya di bawah nilai itu hanya sementara, satu fenomena berpusing berbanding dengan masalah struktur yang mencerminkan fundamental lemah. Ekonomi negara kini lebih kuat berbanding 1997-1998 ketika dibelenggu dengan rizab asing yang rendah, kejatuhan ekuiti pasaran, pinjaman tidak berbayar dan kadar tertunggak, kata Azrul Azwar. The StarBiz memetik kenyataan pakar ekonomi sebagai berkata hakikatnya nilai dolar yang meningkat naik berbanding mata wang lain termasuk ringgit dilihat kerana ekonomi AS semakin kukuh. Persepsi mempengaruhi nilai Ramon bagaimanapun berkata, hakikatnya ringgit juga jatuh berbanding mata wang lain seperti dolar Singapura yang kini S$1=RM2.80. Berdekad lalu, dolar Singapura dan ringgit hampir sama nilainya. "Ringgit lemah sejak beberapa tahun lalu berbanding mata wang Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan. Jadi sukar bagi kita menerima kejatuhan ini bersifat sementara, ia satu trend," kata Ramon yang mengetuai Pusat Pengajian Polisi Awam (CPPS). Masalahnya ialah persepsi dan persepsi negatif terhadap tahap kesihatan ekonomi dan pengurusan Putrajaya boleh menjejaskan sentimen nilai ringgit. Prof Tan Sri Kamal Sali dari Universiti Malaya berkata kredibiliti kerajaan dalam menguruskan ekonomi amat penting dan mempengaruhi pemain pasaran. "Hutang yang tinggi contohnya merupakan masalah struktur dan ia memberi kesan kepada persepsi pemain pasaran," kata pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UM itu. Ramon berkata, apabila tahap keyakinan ekonomi menurun, begitu juga dengan keyakinan terhadap ringgit dan apabila ia mula terjadi, unsur negatif terhadap ekonomi dan ringgit mula mempengaruhi satu sama lain. Katanya, keyakinan yang rendah dalam ekonomi menjejaskan pelaburan langsung asing dan modal swasta akan mula mengalir keluar dari negara. Ramon berkata, Putrajaya perlu menangani kejatuhan ini dengan membanteras rasuah, mengamalkan urus tadbir yang baik dan menyelesaikan isu seperti saga 1Malaysia Development Berhad. Lebih keburukan berbanding kebaikan? Azrul Azwar berkata nilai ringgit yang rendah mempunyai kebaikan dan keburukan kerana ia mendatangkan manfaat kepada pengeksport terutama dalam sektor pelancongan dan pelaburan. Namun industri yang perlu mengimport bahan mentah akan merana kesan kenaikan kos dan mendapat pulangan rendah. "Setakat ini pengeksport Malaysia nampaknya gagal mengambil kesempatan daripada kelemahan ringgit sejak eksport secara kasarnya jatuh ke paras 8.8% pada April 2015. "Jika trend kejatuhan eksport kekal dalam beberapa bulan akan datang, ketika itu kita mula bimbang," katanya. Namun kebimbangan utama kini ialah kenaikan harga barang. Fomca berkata, memandangkan Malaysia mengimport banyak makanan segar, harga itu tentunya akan meningkat. "Harga naik tetapi bukan pendapatan," kata Setiausaha Agung Fomca Datuk Paul Selvaraj. Ketika peniagaan mula terasa kos meningkat akibat kelemahan ringgit, mereka nampaknya tidak mungkin dapat menaikkan gaji. Apabila inflasi naik dan penggunaan menurun, persepsi negatif terhadap ekonomi semakin bertambah sehingga mampu menjejaskan nilai mata wang. "Pelabur melihat semua faktor itu maka kerajaan tidak boleh melihat kejatuhan ini sebagai sementara dan ia perlu ditangani," kata Ramon. sumber
Oleh AZMI HASSAN BARACK Obama menandatangani buku takziah bagi memperingati 298 orang yang terbunuh dalam nahas pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine di Pejabat Kedutaan Belanda di Washington pada 22 Julai lalu. - REUTERS SEMEMANGNYA sukar untuk menafikan bahawa tragedi MH17 adalah pemangkin kepada sekatan terkini terhadap Rusia yang dilaksanakan secara bersepadu oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU). Dari hari pertama lagi Presiden AS, Barack Obama dan sekutu beliau iaitu Perdana Menteri Britain, David Cameron menggesa Presiden Vladimir Putin dihukum kerana disyaki membekalkan sistem peluru berpandu yang digunakan untuk memusnahkan MH17. Sekatan terbaru yang merangkumi sektor kewangan, tenaga dan ketenteraan dikatakan bakal memberi kesan kepada ekonomi Rusia kerana sebahagian besar sumbangan Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) adalah dari ketiga-tiga sektor ini. Seperti yang ditegaskan oleh Obama ketika mengumumkan sekatan terbaru kelmarin bahawa ia akan melumpuhkan ekonomi Rusia yang sememangnya dalam keadaan yang begitu lemah. Tanpa tragedi MH17, beberapa negara Eropah seperti Jerman dan Perancis tidak akan bersetuju dengan cadangan AS untuk mencakupi sekatan yang lebih ketat kerana kedua-dua negara EU itu amat bergantung dengan aktiviti perdagangan dengan Rusia. Perancis umpamanya mempunyai perjanjian yang agak lumayan dengan Rusia untuk membina dua kapal perang. The Vladivostok, iaitu kapal perang pertama yang sudah hampir siap dijangka diserahkan kepada Moscow pada Oktober ini. Begitu juga dengan Jerman yang amat bergantung kepada sumber bekalan tenaga dari Rusia pada mulanya agak keberatan untuk bersama-sama dengan AS dalam mengenakan sekatan yang lebih ketat, tidak mempunyai banyak pilihan selain dari turut serta. Canselor Jerman, Angela Merkel meluahkan bahawa sekatan terbaru yang lebih ketat adalah satu langkah yang tidak boleh dielakkan oleh negara beliau. Walaupun masih belum terdapat bukti sahih bahawa peluru berpandu yang menjatuhkan MH17 adalah milik Rusia, tetapi AS begitu pintar menggunakan tragedi tersebut untuk meraih sokongan masyarakat antarabangsa. Memang benar pihak yang bersalah perlu menerima hukuman dan proses penghakiman lazim seperti melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) belum tentu akan berjaya. Sebab itu sekatan ekonomi walaupun dipelopori oleh AS dan EU perlu disertai oleh semua negara dan ini termasuklah Malaysia. Tetapi timbul kemusykilan dalam hal ini kerana pembabitan Rusia masih belum terbukti tetapi hukuman telah pun dilaksanakan. Timbul juga pertanyaan apakah langkah AS dan EU itu untuk mencari keadilan mangsa MH17 atau pun ia adalah sebahagian dari strategi untuk melemahkan Rusia? Jika pembabitan Rusia secara tidak langsung dalam tragedi MH17 boleh digunakan oleh masyarakat antarabangsa sebagai asas untuk menghukum Moscow, maka dalil yang sama boleh digunakan untuk menghukum AS dalam tragedi serangan tanpa peri kemanusiaan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Ini adalah kerana aset ketenteraan yang digunakan oleh tentera rejim Israel adalah berpunca dari AS seperti mana sistem peluru berpandu BUK yang dipercayai digunakan untuk memusnahkan MH17 adalah milik Rusia. Jet pejuang F-16 dan helikopter tempur Apache yang lazim digunakan untuk melancarkan peluru berpandu dari udara ke kawasan perumahan rakyat Palestin berpunca dari bekalan industri pertahanan AS. Peluru berpandu dari jenis AIM-9x yang sering dilepaskan oleh F-16 juga dibekalkan oleh AS. Lebih mengaibkan lagi, dua hari selepas Operasi Protective Edge dilancarkan rejim Israel, Jabatan Negara AS telah meluluskan penjualan AIM-9x dengan kos menghampiri AS$544 juta kepada Tel Aviv. Bermula dari era Presiden George W. Bush, AS mempunyai tanggungjawab untuk membantu Israel dalam bentuk bantuan ketenteraan selama 10 tahun yang mempunyai nilai AS$3 bilion setahun. Tradisi membantu rejim Israel ini diteruskan semasa pemerintahan Obama. Tentera rejim Israel mempunyai sistem peluru berpandu yang canggih atas ehsan teknologi pertahanan dari AS dan bantuan khusus untuk memajukan sistem ini sebanyak AS$500 juta juga dari AS. Jika MH17 langsung tidak mempunyai peluang untuk mempertahankan diri dari serangan peluru berpandu BUK, begitu juga dengan rakyat Palestin terdedah dengan tanpa belas kasihan dari sistem peluru berpandu rejim Israel. Begitu juga dengan kereta kebal M-60 yang digunakan dalam serangan darat tentera rejim Israel adalah dibekalkan oleh AS. Bedilan M109 Doher Howitzers yang sering dipaparkan oleh media adalah berasal dari AS dan sebelum bermulanya Operasi Protective Edge, AS telah membekalkan jenis bedilan tersebut yang dianggarkan meliputi kos sebanyak AS$39 juta. Israel mempunyai banyak keistimewaan dalam hal ehwal ketenteraan dan semua ini adalah ehsan dari Kongres AS. Umpamanya Israel dibenarkan untuk membangunkan industri pertahanan mereka menggunakan teknologi pertahanan dan bantuan kewangan AS. Contoh paling nyata adalah sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome yang sentiasa menjadi kemegahan rejim Isreal adalah asalnya dari sistem pertahanan peluru berpandu Patriot AS. Begitu jua dengan Tel Aviv yang mempunyai keistimewaan paling hebat kerana dibenarkan berurusan secara langsung dengan industri pertahanan AS tanpa melalui Kongres atau pun Pentagon. Begitu sahih sekali peralatan ketenteraan yang digunakan oleh rejim Israel adalah berpunca dari bekalan AS. Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) akur bahawa serangan terhadap rakyat Palestin boleh ditafsirkan sebagai jenayah perang dan proses penyiasatan dikatakan telah pun bermula. Jika Rusia boleh dihukum kerana pembabitan tidak langsung dalam tragedi MH17, maka sudah pasti AS juga boleh dihukum kerana pembabitan yang begitu nyata dalam bentuk bekalan senjata kepada rejim Israel yang sudah terjebak dalam jenayah perang terhadap rakyat Palestin. PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140731/re_07/AS-dan-jenayah-perang-Gaza#ixzz39gA3wi62 © Utusan Melayu (M) Bhd