Offroad
The buffet dinner is part of the nationwide ‘Jelajah Selera Bersama Hilton’ campaign by Hilton hotels in Malaysia.
A Malaysian Food Blog that shares Malaysia best street food and restaurant food written by a passionate Malaysian Food Blogger
Download Thanh photos, images and assets from Adobe Stock.
D&AD Awards 2017 Catalogues & Brochures Wood Pencil Winner from WORK PTE LTD Singapore.
Kembara Kenali Borneo
FB - Perodua Kembara Club Malaysia
In building Selangor as the state of craft center, we; the media was educated with few types of craft during our Kembara Kraf Selangor...
I have been blessed to be invited to Kembara Cuti-Cuti 1Malaysia #KCC1M Media Fam Trip last week, and the destination this time around is S...
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM [email protected] Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diiringi Mohamed Khaled Nordin (kiri) memasukkan replika kunci ke dalam kotak elektronik sebagai simbolik pelancaran Kembara Mahkota Johor di Dataran MBJB, Johor Bahru, semalam. JOHOR BAHRU 21 Jun - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengetuai rombongan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 pada majlis pelepasan rombongan tersebut di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini hari ini. KMJ tahun ini yang memasuki edisi ke-17 memulakan perjalanan sejauh 858 kilometer ke 10 buah daerah di negeri ini bagi bertemu dengan rakyat jelata. Majlis pelepasan itu menyaksikan Sultan Johor memandu sendiri sebuah bas sambil ditemani Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di hadapan kira-kira 5,000 hadirin yang membanjiri dataran tersebut. Turut berangkat menyertai KMJ 2014 ialah Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim. Dalam ucapan perasmian majlis tersebut, Mohamed Khaled berkata, sejak program kembara tersebut diperkenalkan kira-kira 14 tahun lalu, ia telah dapat merapatkan hubungan baik di antara istana, kerajaan negeri dan rakyat jelata. "Peluang untuk bertemu Sultan Johor secara lebih dekat sambil bersalam-salaman akan menambahkan kemesraan dan kegembiraan rakyat sebagai tanda cinta serta kasih mereka yang amat sangat kepada tuanku. "Lebih dari itu kehadiran program ini secara langsung mampu memperkukuhkan institusi raja berperlembagaan yang wajib dilindungi dan dipelihara," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Perlepasan Kembara Mahkota Johor 2014 di sini hari ini. Majlis pelepasan disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Tan Sri Mohamad Aziz. Yang turut hadir ialah Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim. Program KMJ 2014 yang bertemakan Gaya Hidup Sihat banyak mengetengahkan beberapa program kesedaran kesihatan antaranya kempen pencegahan denggi dan bahaya merokok serta pemeriksaan kesihatan percuma untuk rakyat jelata di beberapa lokasi terpilih. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140622/dn_12/Sultan-ketuai-rombongan-KMJ#ixzz35QQ5iHnq © Utusan Melayu (M) Bhd
LUQMAN HAZIQ ABDULLAH DAN MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 12 Ogos 2015 1:38 AM SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR bersalam dengan rakyat jelata sempena Program Kembara Mahkota Johor 2015 di Muar, Johor, semalam Utusan/Ishak Rahmad MUAR 11 Ogos - Program Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015 yang memasuki hari kedua penjelajahannya terus berlangsung meriah dan disertai masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Konvoi bermotosikal diketuai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang meneruskan jelajah dari daerah Muar ke Ledang, Segamat dan Kluang itu dilepaskan dari Tangga Agong, Bangunan Sultan Abu Bakar di sini kira-kira pukul 8 pagi oleh Pegawai Daerah Muar, Muji Salimon sambil disaksikan kira-kira 3,000 penduduk. Konvoi kemudiannya menuju ke lokasi pertama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Persisiran Perdana, Ledang dan disambut meriah oleh warga sekolah tersebut. Sultan Ibrahim turut berkenan melawat tapak sukan rakyat terdiri daripada 13 jenis sukan yang dimainkan secara serentak oleh pelajar sekolah itu antaranya baling pot, motor tolak, gelang getah tagen, golek tayar, lari dalam guni, teng teng dan ceper. Baginda turut menunjukkan kemahiran bermain gelang getah tagen atau lebih dikenali sebagai gundu manakala Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim pula menunjukkan bakat bermain senapang pelantak. Selesai bersantap bersama rakyat, konvoi berkenaan meneruskan jelajah ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Ledang untuk menyaksikan pameran dan produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar pusat tersebut. Rombongan kemudian meneruskan perjalanan ke Kampung Paya Redan untuk sesi beramah mesra bersama penduduk diikuti Majlis Santapan di Padang Awam Lenga, Muar. Di Padang Awam Lenga, ketibaan konvoi tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam majlis itu, Permaisuri Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut berkenan menyampaikan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada penerima. Permaisuri Johor kemudian melawat gerai pameran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor diikuti pameran Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bagi menyaksikan hasil kraf tangan masyarakat berkenaan. Selepas beramah mesra selama kira-kira sejam di Kampung Sri Gajah, konvoi meneruskan jelajah sejauh 235 kilometer itu ke Pekan Kangkar Baru, Batu Pahat dan Kampung Melayu Batu 3 1/2 Paloh sebelum berakhir di Kem Batalion Ke-5 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batu 3, Kluang. Esok, KMJ meneruskan jelajah pada hari ketiga dari Kluang menuju ke Mersing dan Kota Tinggi. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/konvoi-kmj-disambut-meriah-1.123363#sthash.nNBT8qAe.dpuf
Kepemimpinan Mas Ermieyati terajui pergerakan Puteri 27 November 2014 2:11 AM Mas Ermieyati Samsudin bersemangat ketika menyampaikan ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/RIDUAN RIZAL AHMAD KUALA LUMPUR 26 Nov. - k etua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta agar corak kepimpinannya menerajui pergerakan itu tidak dibandingkan dengan barisan kepemimpinan terdahulu terutama Ketua Puteri pertama, Datuk Seri Azalina Othman Said. Membangkitkan perkara itu dalam ucapan dasarnya, dengan nada sebak, beliau memberitahu bahawa era kepemimpinan beliau dengan Azalina amat berbeza kerana cabaran yang dihadapi Puteri hari ini jauh lebih berat dan berbeza berbanding pada awal penubuhan pergerakan itu. Jelas beliau, perbandingan tersebut amat tidak wajar memandangkan beliau baru sahaja setahun memimpin Puteri, bagaimanapun bertekad untuk tidak berdiam diri selepas ini memandangkan ramai ‘tidak nampak’ apa yang beliau lakukan. “Saya ingin jelaskan era saya dan Azalina berbeza. Azalina berdepan cabaran berbeza kerana beliau memimpin pada waktu puteri baharu ditubuhkan. Puteri ketika itu mendapat perhatian kerana ramai yang mahu melihat peranan puteri pada awal penubuhannya. “Puteri kini berdepan dengan 80 peratus muka baharu yang masih mentah, belum benar-benar memahami wadah perjuangan parti. Puteri berhadapan dengan kemodenan dan kemajuan teknologi yang pesat berkembang. Jadi, berilah saya masa untuk membuktikan kemampuan mengemudi puteri,’’ katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Bagi membuktikan komitmennya sepanjang memimpin pergerakan itu, Mas Ermieyati mendedahkan ‘rekod kerja’ beliau dengan menyenaraikan program-program yang telah dilakukan sepanjang menerajui pergerakan sayap parti itu. Antara program itu ialah penganjuran Program Kembara Ilmu di bawah kendalian Biro Kebajikan, mewujudkan Bazar Bayahista untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang perniagaan serta pelbagai program latihan, kursus dan aktiviti sukarelawan. “Jangan sekadar mengkritik tanpa mengambil kira cabaran dan tekanan yang Puteri hadapi kini. Jangan begitu cepat menilai Puteri yang baru sahaja saya pimpin ini,” katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-jangan-bandingkan-saya-dengan-azalina-8217-1.29698#sthash.PrcTQLMx.dpuf
FIKRI ROSLY | 13 Ogos 2015 1:15 AM SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR bersama peserta Konvoi KMJ 2015 tiba dengan memandu sendiri bas Prevost Marathon di Padang Perumahan Kilang Sawit PPNJ, Batu 17 di Kahang, Kluang, Johor, semalam. KLUANG 12 Ogos - S elepas dua hari menunggang motosikal berkuasa tinggi, hari ini Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menunjukkan kemahiran baginda mengendalikan bas untuk bertemu rakyat jelata di daerah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi dalam siri jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2015. Walaupun memasuki hari ketiga KMJ 2015, namun Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tetap ceria dan bersemangat memandu bas mewah, Prevost Marathon Coach sejauh 286 kilometer bermula dari Kem Batalion Ke-5 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Batu 3, di sini menuju ke destinasi pertama Perumahan Kilang Sawit PPNJ, Batu 17, Kahang. Pada majlis tersebut, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan hamper bernilai RM100 setiap satu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada 20 individu dan pelbagai bantuan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bernilai RM288,300 kepada 15 golongan asnaf. Lima penerima bantuan MAINJ mendapat sumbangan perumahan berjumlah RM40,000 setiap seorang bagi membina kediaman yang dilengkapi dengan tiga bilik. Sultan Ibrahim juga berkenan melawat pameran Jabatan Pertanian bagi melihat tanaman cili, lada, buah kelapa sawit, nanas, produk burung puyuh dan kraf tangan berasaskan rotan serta mengunjungi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor. Baginda kemudiannya mengadili pertandingan memasak yang disertai kaum India dan seterusnya menyaksikan pertunjukan acara memanah tradisional. Majlis tersebut turut diserikan dengan pertandingan sukan rakyat yang mengetengahkan acara seperti terompah gergasi, boling buah kelapa, lari dalam guni dan tarik upih. Sultan Ibrahim kemudian meneruskan jelajah ke Felda Nitar 1, Mersing dan sempat singgah kira-kira setengah jam untuk beramah mesra dengan penduduk di sana. Sementara itu, semasa singgah di Jeti Penyabong, di sini baginda berkenan menyampaikan sumbangan daripada MAINJ dan seterusnya melawat ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi menyaksikan acara memancing dan bento ketam. Selepas itu, baginda bersama kerabat diraja dan rombongan KMJ 2015 bersantap sambil menyaksikan sukan rakyat dan persembahan kebudayaan. Konvoi kemudian meneruskan perjalanan ke Felda Tenggaroh 3 dan Tanjung Sedili untuk bertemu masyarakat sebelum bermalam di Desaru. Hari terakhir konvoi esok akan menjelajah ke daerah Kota Tinggi dan Kulaijaya sebelum berakhir di Mutiara Rini, Johor Bahru. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-johor-pandu-bas-8232-jumpa-rakyat-di-tiga-daerah-1.123657#sthash.h8q4DTNF.dpuf