Got inspired looking at G-Shock watches and figured I'd make a rugged dragon radar.
SAN DIEGO (April 15, 2015) Sailors use the Crash and Salvage crane to lift a non-functional F/A-18 Hornet during flight deck drills aboard the aircraft carrier USS Ronald Reagan (CVN 76). Reagan is participating in a fast-cruise to complete the later stages of its Planned Incremental Availability (PIA) maintenance period at Naval Base Coronado. (U.S. Navy photo by Mass Communication Specialist 3rd Class Jonathan Nelson/Released)
K. Chinnamma dipapah oleh ahli PPP setelah membuat laporan polis berhubung ditendang dan ditumbuk ketika melakukan bancian sempena PRK Parlimen Teluk Intan, Perak, semalam. TELUK INTAN 27 Mei - Seorang ahli wanita Parti Progresif Penduduk (PPP), K. Chinnamma, 58, mendakwa ditendang di kaki kanan selain ditumbuk di leher oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika melakukan bancian untuk parti itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Taman Desa Aman, Batu 6 di sini petang semalam. Dalam kejadian pukul 1.50 petang itu, mangsa bersama tiga rakannya daripada Cawangan PPP Changkat Jong mendakwa didatangi oleh suspek berkenaan yang tiba-tiba muncul menaiki sebuah motosikal. Chinnamma yang merupakan seorang suri rumah dan mempunyai 10 orang anak berkata, suspek bertindak menarik kolar bajunya selain mengugut untuk merosakkan dua motosikal yang dinaiki mereka. "Dia kata, 'You pakai baju Barisan Nasional (BN) kenapa datang rumah saya? You orang MIC ke?'.. Dia terus mengambil pasu bunga dan melemparkan ke tanah, namun nasib baik tidak mengenai saya. "Saya berasa sungguh takut, malah tiga rakan saya yang lain telah sempat melarikan diri ketika itu," katanya ketika ditemui pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di sini hari ini. Dalam pada itu, Ketua Wanita PPP negeri, Jennifer Leong Pe Lee berkata, beliau tidak menyangka kejadian tersebut akan berlaku disebabkan insiden berkenaan merupakan kali pertama berlaku ke atas mereka. Sehubungan itu, Jennifer meminta pihak berkuasa menyiasat perkara tersebut memandangkan mereka hanya ditugaskan untuk membuat bancian di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Nova Scotia di sini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, polis merakamkan keterangan mangsa bersama rakan-rakannya setelah satu laporan polis telah dibuat pada pukul 2.20 petang semalam. Beliau berkata, hasil keterangan doktor menyatakan mangsa telah disahkan mengalami kecederaan tisu lembut. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140528/po_04/Ahli-wanita-PPP-ditendang-ditumbuk-ketika-lakukan-bancian#ixzz32yFjmTiv © Utusan Melayu (M) Bhd
Oleh ABDUL YAZID ALIAS dan FAZRINA AYU RADUIAN [email protected] SALLEHEN Mukhyi menjawab soalan pemberita di pintu lobi bangunan SUK di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi SHAH ALAM 15 Ogos - Semua pihak dinasihatkan memahami proses undang-undang terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan mendesak sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar diadakan bagi membolehkan undi tidak percaya dibuat terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi berkata, untuk mengadakan sidang berkenaan, Abdul Khalid perlu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengemukakan pandangan mengenai perkara itu dan seterusnya mendapatkan perkenan baginda. "Abdul Khalid kalau nak adakan sidang DUN tergempar, beliau perlu membawa kepada Sultan Selangor. Kalau baginda tidak berkenan sidang DUN tergempar itu diadakan, maka perlu tunggu (ikut jadual sidang DUN sedia ada). "Buat masa ini, sidang DUN akan berjalan mengikut jadual dan tiada perbincangan dengan Menteri Besar (mahu adakan sidang DUN tergempar)," katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membolehkan beliau menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. Turut menyokong ialah dua Ali Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang). Dalam perkembangan berkaitan, Sallehen yang juga ADUN Sabak menjelaskan, sokongan yang diberikannya dan tiga lagi Exco Pas supaya Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar adalah selaras dengan arahan parti yang diwakilinya. "Kita akan berikan sokongan (kepada Abdul Khalid) atas arahan parti. Kita akan teruskan sokongan, boleh jadi selama habis penggal sehinggalah parti mahu kita hentikan sokongan tersebut. "Bagi kita, Abdul Khalid bukan faktor kita berikan sokongan sebaliknya parti minta kita terus bekerja. Namun, perkara itu bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos ini," ujarnya. Ditanya mengenai dua ADUN Pas yang menyokong Wan Azizah, Sallehen yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri memberitahu, pihaknya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Pas Pusat untuk menentukan kedudukan mereka. "Bagaimanapun, tindakan mereka itu tidak ada kesan kepada Exco Pas lain. Cuma kalau perlu undi tidak percaya, boleh dibuat dalam sidang DUN akan datang. "Kalau Abdul Khalid terbuka jiwa mahu bubarkan DUN, beliau boleh dapatkan perkenan Sultan Selangor," ujarnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140816/po_04/Fahami-dahulu-undang-undang---Sallehen#ixzz3AnXXz5pc © Utusan Melayu (M) Bhd